Seni & Sukan 14 Feb, 2021

Inisiatif GPMSWP: 1 Tablet 1 Keluarga! Lancarkan tabung kutipan! Alu-alukan sumbangan semua

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


GABUNGAN Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan (GPMSWP) telah melancarkan tabung kutipan sumbangan bagi inisiatif 1 Tablet 1 Keluarga

Inisiatif ini timbul selepas GPMSWP menerima pelbagai maklum balas dan aduan daripada pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan berhubung kemampuan mereka memiliki peranti bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tablet:

https://kitareporters.com/search?search=tablet



GPMSWP menyasarkan untuk menyantuni seramai mana yang mampu pelajar-pelajar di Wilayah Persekutuan yang berhadapan dengan isu berkaitan dengan cabaran berhadapan dengan PdPR tanpa tablet.

Sasaran GPMSWP meliputi di seluruh kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan.

Bagi penyerahan sumbangan tablet fasa pertama ini, GPMSWP menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul dan MPP Parlimen Batu bagi penyerahan tablet di Parlimen Batu

Seramai 10 pelajar telah dikenal pasti bagi sumbangan fasa pertama di Parlimen Batu ini hasil kerjasama antara Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul dan juga pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. 



Bagi mengukuhkan inisatif 1 Tablet 1 Keluarga di Parlimen Batu, GPMSWP telah menandatangani Memorandum  Kerjasama dengan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul bagi sokongan pelajar dalam penggunaan dan bantuan data internet

GPMSWP ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang tabung pendidikan GPMSWP dan mengalukan sumbangan berterusan daripada orang ramai bagi memastikan inisiatif 1 Tablet 1 Keluarga dapat diperluaskan di kawasan Parlimen lain dalam Wilayah Persekutuan. 

GPMS dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul  juga mengucapkan terima kasih kepada Gulam Muszafar Gulam Mustakim, Pengerusi MPP Parlimen Batu atas kesudian hadir dan menyaksikan tandatangan Memorandum Kerjasama antara kedua belah pihak. - KitaReporters


2
0
0
0
0
You will be interested