Seni & Sukan 03 Jun, 2020

Penyambung tali pelitup muka PKP: Kreatif sungguh mak-mak ni

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PENULARAN wabak pandemik COVID-19 pada Januari 2020 menyebabkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan meminta rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula 18 Mac 2020. Ini termasuk pemakaian pelitup muka (penutup muka atau mask) atau lebih sinonim disebut penutup mulut dan hidung adalah satu perkara 'wajib' untuk dipatuhi. : KitaReporters

Facemask yang selalu digunakan. - Gambar hiasan


Pelitup muka
 nama diberi. Tapi kalau terlalu mengikut direct translation, sebutan tu macam tak kena gayanya. 

Penutup mulut dan hidung lebih sesuai kerana bukan keseluruhan wajah kita ditutup dengan 'facemask' tu!!   

Bagaikan satu fenomena baharu apabila setiap seorang daripada kita 'menggilai' penutup mulut dan hidung itu dan mencari di mana sahaja selagi boleh. 

Kedai runcit, farmasi, pasar raya, pesanan dalam talian (online) semua diredah. 

Tak pakai nampak pelik. Malah ada premis perniagaan yang tidak benarkan pelanggan masuk tanpa 'barang panas' itu.

Pelbagai rekaan menarik penyambung tali pelitup mulut dan hidung- Gambar hiasan


Wanita bertudung atau berniqab penuh antara golongan terkesan dengan pemakaian facemask ini. 

Malah ianya menjadi satu daripada punca golongan ini malas keluar rumah kerana perlu memakainya iaitu dengan menyangkut di kedua-dua telinga sebelum memakai tudung. 

Lecehkan. Tak suka tak suka!!!

Pelbagai rekaan menarik penyambung tali pelitup mulut dan hidung. - Gambar hiasan

Pelbagai rekaan menarik penyambung tali pelitup mulut dan hidung. - Gambar hiasan 

Hanya wanita yang memahami wanita!! 

Golongan Hawa ni memang kreatif. Ada sahaja penemuan baru yang boleh diguna pakai untuk dikongsi sesama mereka. 

Maka lahirlah 'mask connector' atau penyambung pelitup muka untuk mudahkan si pemakai memakai tanpa perlu lekatkan di belakang telinga. Idea kreatif sangat.

Yang terlebih kreatif tu bila hasilnya cantik dan rasa boleh buat duit.. tunggu apa lagi. Open order terus. Dan yang tak berapa nak pandai or malas.. order saja. 

Bahan yang digunakan tidaklah rumit untuk dapatkannya dan modal juga tidaklah besar mana. 

Benang dan jarum, benang kait, butang, getah kain dan riben. Yang penting ada kemahiran dan rajin. 

Bahan yang digunakan untuk membuat penyambung tali pelitup muka. - Kredit foto:  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217333931723394&id=1326262288

Kredit foto: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2968773753159408&id=198487383521406


Kreedit foto: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217333931723394&id=1326262288 


Biasanya golongan suri rumah yang terlebih peka bab-bab menggayakan sesuatu yang baru. 

Siapa sangka dalam menjalani kehidupan dalam norma baharu ini, kita perlu amalkan SOP sebagaimana saranan kerajaan. Dan pemakaian pelitup muka antara SOP penting untuk menjaga kesihatan diri. 

Justeru, biarlah pelitup muka menjadi sesuatu yang mudah untuk digunakan. 

Sangkutkan je tali tu pada penyambung dan letakkan di bahagian luar tudung. Cantikkan.

Lucunya ada juga yang menggunakan klip kertas, getah gelang dan pengikat roti bagi tujuan itu. Terlebih kreatif sudah!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1767314493392131&id=296102267180035



Lelaki pun minat untuk guna penyambung tali pelitup muka


Tular dalam media sosial beberapa pemilik akaun memuat naik status masing-masing mereka cipta penyambung tali pelitup muka ini dengan pelbagai rekaan menarik malah menerima pelbagai komen menarik. 

Ramai pulak yang membuat pesanan. Siapa kata musim PKP tidak boleh jana pendapatan. Untung kecil pun duit.

Pemilik akaun Facebook Azira Hashim turut memuat naik statusnya mengenai penyambung pelitup muka dan membuka pesanan kepada warga maya yang berminat untuk mendapatkan rekaan kraf tangannya itu.

"Selagi ada permintaan dan repeat order kita layan".  Ramai pulak yang membuat pesanan.


Shazura Hashim menulis:  "Mask Extention.  Penyambung pelitup muka. Mesra wanita bertudung. Selesa ja. Tak payah dah sakit telinga, tudung senget bagai."


KamisahCuai Cuai menerusi hantarannya menulis: "*mask connec* sesuai untuk dijadikan penyambung tali penutup mulut dan hidungTidak perlu lagi selit di telinga. material chrocet."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1103678876683792&id=100011250692889


Kita pasti terhibur dengan komen-komen diberikan warganet. 

Ayat mereka seperti makcik bawang yang suka memberi pandangan melucukan dan tidak kurang juga yang memuji usaha dilakukan untuk memudahkan pemakaian penutup mulut dan hidung itu.


Tidak ketinggalan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menghasilkan penyambung itu untuk dihadiahkan kepada kakitangan Istana Negara.

Melalui satu hantaran dalam akaun Instagram @airtangan_tunkuazizah, baginda menulisnya: "Inilah hasilnya... sambil layan drama korean dari pagi sampai malam... saya nak hadiahkan kepada staffs istana... saya janji mereka!"

https://www.instagram.com/p/CA31YTHnNd1/?igshid=3n0kleqmp5oh


Ramai yang memberi komen menarik hasil air tangan baginda permaisuri kesayangan rakyat jelata ini.




Golongan wanita tidak pernah kering dengan idea dan inovasi dalam kehidupan berumah tangga. 

Nampak sahaja ruang dan peluang terus direbut demi untuk manfaat diri dan keluarga. Selagi perbuatan tidak salah kan? 

Penyambung tali pelitup muka pun berjaya diinovasikan. Siapa kata wanita tak hebat!! : KitaReporters

22
3
1
6
1
You will be interested