Seni & Sukan 31 May, 2022

Video| Saya menang kerana kasih sayang peminat! Khai Bahar nafi beli undi untuk menang AME 2021!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Khai Bahar, 28, salah seorang penyanyi popular tanah air mendakwa kemenangan dalam Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) bagi kali ketiga adalah kerana strategi dan atas rasa kasih sayang para peminatnya

Dia menafikan memberi peruntukan kepada kumpulan peminatnya dikenali sebagai Khai Bahar Empire untuk mengundinya. Dia tidak membeli undi dan percaya undi yang diterima datang daripada peminat yang kasih dan sayang terhadapnya.

Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin ini berkata, dia memang tidak pernah mencampuri urusan atau aktiviti pengundian dilakukan oleh kelab peminatnya, Khai Bahar Empire selama ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti Khai Bahar



"Saya memang tak pernah suruh mereka (Khai Bahar Empire) agar terus menghantar undian buat saya sehingga menang dalam apa saja majlis anugerah dicalonkan. Semuanya hasil daripada kesungguhan mereka sendiri yang sentiasa mahu melihat saya menang. Terima kasih diucapkan pada mereka.

"Saya pun tidak sangka mendapat sokongan padu yang sebesar ini daripada kelab peminat yang sentiasa bersungguh menyokong kerjaya seni saya sejak dari dulu lagi. Antara kami, sangat saling menyayangi dan menghargai," katanya pada majlis sidang media selepas majlis anugerah tersebut.

Khai percayai bahawa kerana rajin melayan kelab peminatnya dengan menghiburkan mereka menerusi permintaan lagu diminta untuk dinyanyikannya menjadi salah satu punca anggota kelab peminatnya membuat undian secara sukarela.



"Saya tidak pernah menghulur dana kepada kelab peminat untuk mereka membeli undian. Kemenangan yang saya peroleh ini telus dan ikhlas daripada undian mereka kerana sayang dan terus menyokong saya. 

"Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Khai Bahar Empire di atas kasih sayang diberikan. Terima kasih juga kerana selalu menyokong kerjaya saya tanpa jemu," katanya.



Dalam AME 2021, selain membawa pulang anugerah utama, ‘Top Top MeleTOP Lelaki’, Khai juga memenangi dua lagi kategori iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP:  Konsert Minggu Ini #123 - Khai Bahar’.

Khai sebelum ini pernah dinobatkan ‘Top Top MeleTOP Lelaki’ pada AME 2018 dan AME 2019. Tetapi dalam AME 2000 dia tewas kepada Haqiem Rusli. Namun dalam AME 2001 Khai kembali merampas tahta daripada Haqiem Rusli.

Pihak penganjur tidak mendedahkan jumlah undian, namun difahamkan undian untuk Khai tinggi mengatasi saingannya.

AME 2021 ditangguh beberapa kali kerana pandemik Covid-19, sehinggalah berjaya dianjur di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya Ahad malam, 29 Mei 2022 lalu. - KitaReporters

13
12
0
11
0
You will be interested