DISEBABKAN kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di atas jambatan Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menangguhkan sebentar majlis konvokesyen bagi memberi laluan kepada para graduan untuk tiba di majlis tersebut.
Menerusi hantaran Facebook USM, setelah dua jam hampir semua graduan USM berjaya tiba dengan selamat di dewan tersebut untuk bergraduasi pada hari ini, Selasa 24 Mei 2022.
Namun, seorang graduan USM tular dalam media sosial apabila beliau dilihat sedang menahan motosikal untuk ditumpang bagi memudahkan urusannya tiba di dewan USM.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USM
Difahamkan pihak pengurusan universiti mengetahui akan kejadian yang berlaku di jambatan Pulau Pinang yang melibatkan pemandu treler kemalangan maut membabitkan pemandu serta kelindan lori di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala ke Pulau Pinang, menyebabkan kesesakan lalu lintas di luar jangkaan pada hari ini.
Majlis ditangguhkan selama 30 minit oleh kerana kesesakan lalu lintas yang di luar jangkaan pada pagi tadi. Rata-rata warga maya memuji keprihatinan USM yang bertolak ansur dengan semua graduan mereka.
Bukan itu sahaja, rata-rata keluarga dan masyarakat di luar sana sangat berterima kasih kepada pihak USM kerana sangat memahami kejadian yang tidak diingini berlaku menyebabkan graduan terpaksa datang lambat. - KitaReporters