Seni & Sukan 11 Mar, 2022

Video| Kena arak 3 jam keliling kampung! Angkara berselingkuh! Pasangan dihantar ke balai polis!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

TANGKAP layar... wanita berbaju kuning bersama kekasihnya diarak keliling jalan pada waktu malam untuk diserahkan kepada balai polis akibat berselingkuh di Malang, Jawa Timur pada 4 Mac 2022. - redit foto : Tribunnews.com


SEPASANG kekasih masing-masing mempunyai isteri dan suami telah diarak dengan sorakan di sepanjang jalan selama tiga jam untuk dibawa ke balai polis akibat pasangan terbabit dipercayai berselingkuh (berzina) ketika suaminya tiada di rumah pada malam hari Jumaat, 4 Mac 2022 lalu.

Pada kejadian yang berlaku di Desa Gondanglegi Wetan, Kecamatan Gondanglegi, Kabupaten Malang, Jawa Timur itu, kira-kira 100 warga mengarak pasangan kekasih berkenaan yang membabitkan seorang lelaki yang bernama RB, 58, dan wanita bernama RS, 35, selepas mereka ditangkap oleh penduduk kampung kerana disyaki melakukan hubungan intim.


Lagi cerita-cerita noda berkaitan berselingkuh

GAMBAR tangkap layar. - Kredit foto: Tribunnews.com



RS yang sudah bersuami dan ketika melakukan persetubuhan haram itu suaminya tiada di rumah kerana merantau di luar kota untuk mencari rezeki dan bekerja di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB)

Manakala RB yang tinggal sekampung dengan RS di Gondanglegi Kulon itu sudah mempunyai isteri.

Video pasangan kekasih itu diarak oleh warga desa itu berdurasi selama 46 saat viral dalam media sosial. 


Kredit foto : Tribunnews.com


Ketika diarak sepanjang jalan pada waktu malam itu, kelihatan pasangan terbabit hanya tunduk muka kerana malu dan adakalanya mereka menutup muka dengan tangan.

Wanita itu berpakaian baju kuning dan berseluar hitam berjalan kaki berada di sebelah pasangannya yang dikawal  olehbeberapa penduduk kampung.


RB dan RS (berbaju kuning) berada dihadapan sedang diarak oleh penduduk kampung. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Orang ramai turut bersorak apabila melihat pasangan selingkuh itu ketika berjalan kaki semasa mereka diarak warga untuk diserahkan kepada Balai Polis Gondanglegi.

Detik.com pada 7 Mac 2022 melaporkan bahawa perselingkuhan pasangan tersebut sudah lama diketahui penduduk kampung dan mereka sudah beberapa kali dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.


Kredit foto : Tribunnews.com



Sementara itu, Ketua Polis Gondanglegi, Kompol Pujiyono mengesahkan kejadian yang memalukan pasangan berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku kerana mereka sudah ada isteri atau suami.

Menurutnya,  pasangan tersebut dicekup di rumah RS pada kira-kira pukul 8.30 malam dan selepas itu mereka telah diarak oleh penduduk sehingga tiba di balai polis itu pada 11.23 malam.

Beliau berkata, hasil siasatan polis, kedua-dua pelaku itu mengaku telah berselingkuh terutama ketika suami RS tiada di rumah sejak tiga tahun lalu.



 

Kredit foto: Tribunnews.com


“Warga mengarakkan RB dan RS sehingga ke balai polis kerana warga terlalu marah disebabkan sebelum itu mereka sudah beberapa kali dinasihatkan supaya tidak melakukan lagi perbuatan itu.

 “Tetapi mereka tidak dengar seolah-olah mempersendakan teguran beberapa pemimpin masyarakat,” kata Pujiyono. - KitaReporters


RS berbaju kuning (tiga dari kanan) ditahan di Balai Polis Gondanglegi, Malang, Jawa Timur untuk disoal siasat selepas diarak  oleh penduduk kampung pada pukul 11.23 malam. - Kredit foto: Detik.com 

13
13
1
18
0
You will be interested