Seni & Sukan 03 May, 2020

Nak bayar zakat? Bayar secara online atau guna kayu panjang!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this

APABILA seluruh dunia 'diserang' wabak Covid-19 dan Malaysia sendiri proaktif dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak berkenaan, gaya kehidupan kita sebenarnya sudah tidak lagi seperti dahulu. Kita kini berdepan dengan norma baharu dan ini adalah realiti yang perlu kita terima yang mana kebiasaan yang dilakukan sebelum PKP kini perlu ditinggalkan demi kebaikan bersama. : KitaReporters

Pembayaran zakat fitrah menerusi kaedah pandu lalu di Masjid Al-Hidayah, Bandar Behrang 2020 di Tanjong Malim, Perak. - Sumber FB
Bagaimanapun, dalam mengharungi tempoh genting lebih sebulan lalu itu, masyarakat di negara ini nampaknya bukan sahaja mula beradaptasi dengan corak kehidupan baharu itu malah mencetuskan pelbagai idea kreatif.
Mengambil contoh dalam bab pembayaran zakat fitrah, sebuah masjid di Bandar Behrang 2020 di Tanjong Malim, Perak tampil dengan kelainan apabila menggunakan sebatang kayu sebagai perantaraan proses pembayaran zakat fitrah secara pandu lalu.

Seorang pembayar zakat mengisi wang ke dalam bekas yang dilekatkan dengan sebatang kayu sepanjang dua meter. - Gambar Facebook
Walaupun agak lucu melihatnya, namun jika inisiatif itu adalah yang terbaik bagi menjaga kesihatan dan kebajikan bersama, mengapa tidak bukan?
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, Rusli Ahmad, kaedah tersebut diambil bagi memastikan penjarakan sosial pembayar zakat terjaga.
Melalui kaedah itu katanya, pembayar zakat tidak perlu beratur untuk menunaikan kewajipan mereka sebaliknya kekal di dalam kenderaan masing-masing dan mengisi wang zakat ke dalam bekas kecil yang dilekat bersama sebatang kayu.
"Kaunter pandu lalu memang dibenarkan dalam urusan pembayaran zakat dan bagi memastikan penjarakan sosial mereka terjaga, kita cadangkan penggunaan kayu.
"Jadi mereka yang datang menggunakan kenderaan hanya perlu melalui kaunter, lafaz akad zakat dibacakan tanpa bersalaman dan kemudian beredar," katanya.

Rusli Ahmad
Menurut beliau, kaedah tersebut yang mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai bukan sahaja memudahkan amil yang bertugas malah lebih cepat dan selamat.
Terdahulu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah utama membayar zakat fitrah di negeri ini dalam tempoh PKP iaitu 

  • menerusi saluran dalam talian (online), 
  • melalui amil (kaedah manual) dan 
  • bayaran terus melalui Tabung Khas Fitrah.

Satu daripada tatacara kutipan zakat fitrah oleh amil adalah dengan kaunter pandu lalu yang diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid yang berada di tepi jalan besar tanpa proses bersalaman. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested