Seni & Sukan 17 Jun, 2020

Lawak! Aksi selamba Elly Mazlein kasut tercabut ketika live!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

NAMA pelakon Elly Mazlein sejak akhir-akhir ini sering mendapat perhatian kerana gelagatnya yang lucu dan gedik-gedik manja. Lihat sahaja aksi lucunya ketika memegang watak sebagai Mona/Aminah di dalam drama bersiri Kampung People sehinggakan drama tersebut menjadi trending dalam media sosial. Bukan sahaja berlakon, malah ibu kepada Putri Sara Sefhia ini menempa nama dalam bidang pengacaraan serta nyanyian. : KitaReporters

Aksi selamba Elly ketika bergandingan dengan Nabil Ahmad mencuit hati penonton.


Terkenal dengan jolokan Kak Lina Pom Pom, nama Elly mula mendadak naik selepas menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) pada tahun 2016 walaupun sudah lama dia menceburi bidang nyanyian. 

Manakala dalam bidang pengacaraan, nama Elly mula menjadi sebutan apabila gandingannya bersama pelawak Shuk Sahar ketika mengacara Anugerah Skrin pada tahun 2018 dilihat serasi.

Sejak itu, dia sering dipanggil untuk mengacara program di televisyen. 

Namun, kejadian yang berlaku ketika menjadi pengacara jemputan bersama Nabil Ahmad dalam rancangan MeleTop pada malam 16 Jun 2020, mungkin tidak dapat dilupakannya.

Rancangan informasi hiburan yang ditayangkan secara langsung di kaca televisyen itu, menyaksikan kejadian lucu melibatkan Elly.

Apa tidaknya, ketika berduet bersama kumpulan Caliph Busker yang menjadi artis jemputan, kasut bertumit tinggi yang dipakai oleh Elly terputus dan tercabut.


Namun, aksi selamba dan tidak mudah gelebah Elly, membuatkan kejadian itu kelihatan lucu dan menghiburkan.

Malah, netizen terhibur dengan aksi selamba yang ditunjukkan oleh Elly walaupun berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan serta mungkin memalukan.

Nasib baik ketika kasutnya tercabut, Elly hanya ‘terpeleot’ sedikit sahaja dan tidak jatuh tersungkur. 

Selepas itu, dia menanggalkan kedua-dua kasutnya dan dengan selamba mengacara dengan hanya berkaki ayam.

“Dah vogue-vogue kasut tercabut. Selepas ini pakai kasut sukan je,” ujar salah seorang netizen.

Netizen tetap terhibur dengan aksi selamba Elley Mazlein.


Manakala seorang lagi mengagumi tahap keyakinan Elly walau apapun terjadi.

“Kepompom memang hebat. Walau apapun terjadi, tetap yakin,” ujar netizen.

Video tersebut menjadi tular dalam media sosial. 

Malah, Elly sendiri berkongsi video berkenaan di Instagramnya. Bukan sahaja netizen, malah rakan artis turut terhibur dengan apa yang berlaku.

Macam-macamlah Elley ni! 

Apapun, aksi dan gelagatnya yang gedik-gedik manja itu sudah menjadi ‘trademark’nya. Silap hari bulan, rezekinya dalam bidang pengacaraan makin meriah. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested