Seni & Sukan 21 Jun, 2020

Tanggal pelitup muka! Tak dapat tengok senyuman pramugari!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GARA-GARA penumpang tidak dapat melihat senyuman pramugari ketika bertugas di awan biru, syarikat penerbangan negara jiran Garuda Indonesia terpaksa meminta anak kapal mereka menanggalkan menggunakan pelitup muka. Tindakan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada yang tidak selesa dengan ‘uniform’ baharu pramugari yang menutup raut wajah kru berkenaan. : KitaReporters

PRAMUGARI Garuda Indonesia terpaksa menanggalkan pelitup muka berikutan banyak aduan pelanggan yang tidak selesa melihat muka anak kapal yang menutup raut muka bertugas. Kredit foto: Jakartapost.com


Alamak! Tu bukan saja-saja tapi bersebab demi keselamatan dan nyawa petugas berkenaan. 

Namun bagi menyenangkan kedua-dua pihak, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irfan Setiaputra berkata, pihak membuat keputusan menggantikannya dengan pelindung muka yang lutsinar (face shield).

GARUDA Indonesia terpaksa menggantikan pelitup muka kepada pramugari yang bertugas dengan yang lutsinar atas permintaan penumpang.



Haa… tatapla sepenuh hati pramugari itu ketika bertugas… senyuman pun jelas kelihatan.

Katanya sebelum ini, ramai pelanggan mengadu bila melihat pramugari dan pramugara memakai pelitup muka kerana mereka tidak dapat melihat sama ada mereka sedang senyum atau merungut.

PRAMUGARI Garuda Indonesia terpaksa menggunakan pelitup muka ketika melayan pelanggan di awan biru demi keselamatan nyawa sendiri.


"Dengan ini, interaksi antara manusia dalam kapal terbang masih boleh berlaku, walaupun sedikit dan semua orang akan berasa selamat dan selesa,” katanya yang dipetik thejakartapost.com

Operasi Garuda Air kembali berjalan pada 7 Mei 2020 lalu selepas hampir dua bulan ‘berehat’ berikutan COVID-19 yang melanda dunia. - KitaReporters

1
0
0
0
1
You will be interested