Seni & Sukan 01 Jul, 2020

NGO, tokoh korporat mari bantu! Tolong B40 baiki taraf hidup

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh korporat berpeluang mendalami kehidupan golongan B40 di kawasan 'kampung dalam bandar' sekitar zon Majlis Perbandaran Subang Jaya  (MPSJ) sebagai usaha ke arah memperbaiki serta meningkatkan taraf hidup golongan itu yang masih tergolong dalam kelompok orang miskin atau lebih tepat miskin bandar. : KitaReporters

Dr Siti Mariah Mahmud (kiri sekali) bersama Noraini Roslan (dua daripada kiri) dalam sesi kaji siasat semasa menyantuni salah satu daripada 14 keluarga B40 pada Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar di Kampung Tengah, Puchong, Selangor . - Kredit foto-foto: Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ.


Sehubungan itu, NGO dan tokoh korporat yang berminat boleh bekerjasama dengan Pihak berkuasa Tempatan (PBT) itu ,Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (PKM ADUN), Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ selain organisasi komuniti seperti Persatuan Penduduk, Ahli jawatankuasa Surau/Masjid dan lain-lain.

Kerjasama ini penting dalm konteks menjayakan hasrat supaya golongan B40 berkenaan dapat dikeluarkan dari kepompong kemiskinan yang membelenggu kehidupan harian mereka.

Sepatutnya golongan berkenaan mampu merebut peluang yang ada di sekitar kawasan kediaman dengan pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan. 

Sebaliknya kerana sikap dan pemikiran cara lama diamalkan antara faktor menjadikan golongan itu masih berada pada tahap lama dengan keadaan kehidupan diselubungi kemiskinan.

Salah seorang warga emas yang disantuni Dr Siti Mariah Mahmud dan Noraini Roslan di Kampung Tengah, Puchong, Selangor.  


Warga emas B40 dari Kampung Tengah, Puchong terharu menerima sumbangan RM100 dan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud bersama Noraini Roslan (dua  kiri).  


"Realiti kampung dalam bandar ialah sekalipun dikelilingi peluang-peluang pekerjaan yang banyak, mereka masih hidup seperti di kampung.

"Peluang tersebut jauh daripada jangkauan mereka disebabkan sikap enggan berubah meningkatkan taraf hidup," kata Exco Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud semasa menyertai Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar anjuran MPSJ di Kampung Tengah, Puchong, Selangor pada Sabtu, 20 Jun 2020. 

Turut sama Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan serta para pegawai Jabatan Pembangunan Masyrakat (JPM) MPSJ. 

Dr Siti Mariah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga berkata, jika kampung dalam bandar ada mempunyai tanah sekalipun dengan kadar keluasan terhad, individu terlibat boleh melakukan kerja bercucuk tanam antara cara memperbaiki taraf hidup.

Noraini Roslan (kiri) menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada salah seorang ahli keluarga B40 yang disantuni di Kampung Tengah, Puchong, Selangor.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu berharap pihak NGO dan tokoh korporat dapat bekerjasama dalam menjayakan hasrat serta matlamat merealisasikan harapan supaya agihan kemakmuran khususnya sekitar MPSJ dapat dinikmati bersama semua kelompok masyarakat termasuk B40. 

Program anjuran JPM MPSJ itu menumpukan fokus kepada 14 keluarga B40 di Kampung Tengah, Puchong, Selangor dengan bertemu secara bersemuka dan menyantuni mereka dengan bertanyakan perkembangan kehidupan harian serta masalah dihadapi. 

Keluarga berkenaan yang terlibat menerima sumbangan RM100 dan barangan keperluan harian.

Dr.Siti Mariah Mahmud (kanan) bersama Noraini Roslan (kiri) menyantuni keluarga B40 di Kampung Tengah, Puchong, Selangor pada Program 'Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar anjuran JPM MPSJ.   


Program ini juga sebagai menyokong ispirasi MPSJ 'No One Left Behind' dengan harapan tiada golongan tercicir khususnya dalam bidang ekonomi bagi golongan B40 yang tinggal di kawasan 'kampung dalam bandar'.

Malahan usaha ini juga bertujuan mencari jalan berkesan ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf kehidupan golongan itu sesuai dengan status MPSJ sebagai salah satu antara kawasan bandar terkemuka di negara ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan mengakui bagi mencapai matlamat tersebut, kerjasama semua pihak diperlukan supaya kelompok B40 diketegorikan di bawah paras kemiskinan bandar faktor penting perlu digembleng secara total.

Salah seorang daripada 14 keluarga B40 menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada slah seorang pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ.


"Cabaran besar yang perlu dilakukan bagi kesamarataan atau setidak-tidaknya memakmurkan bidang ekonomi di MPSI antaranya termasuklah masalah kemiskinan yang masih membelenggu sebahagian kelompok keluarga masyarakat kampung yang agak terpinggir dalam bandar.

"Jika ada kerjasama komuniti, NGO dan kalangan korporat, peluang golongan B40 baiki hidup lebih baik.

"Cuma cara mana kaedah berkesan untuk MPSJ salurkan kerana kita ada kelas pertanian, jahitan dan masakan, tetapi bagaimana nak disalurkan kepada semua orang sedangkan fasiliti ada di MPSJ Subang Jaya.

"Faktor berkenaan perlu kajian sama ada penduduk yang disasarkan golongan B40 boleh datang atau perlukan pengangkutan untuk hadir," ujarnya.

Banyak perkara boleh dilaksanakan untuk menjayakan matlamat tersebut jika kerjasama semua termasuk antara agensi dan penduduk kampung dalam bandar dapat diwujudkan melalui rangkaian pengemblengan melalui tenaga dan kolaborasi. - KitaReporters

Dr Siti Mariah Mahmud (hadapan, dua dari kiri) bersama Noraini Roslan (hadapan, tiga dari kiri) berbasikal untuk menemui 14 keluarga B40 di Kampung Tengah Puchong, Selangor pada Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar.


  

Noraini Roslan mengetuai para pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ pada Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar di Kampung Tengah, Puchong dengan menaiki basikal.

0
0
0
0
1
You will be interested