Seni & Sukan 06 Sep, 2021

Video| Preity Zinta teruja dapat kembali ke ladang epal familinya! Terkenang zaman kanak-kanak!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

Kredit video: Instagram realpz/Preity Zinta/Bol Bollywood.


LARI daripada kesibukan kehidupan seharian, pelakon Bollywood, Preity Zinta kembali mendekatkan dirinya dengan ketenangan alam di Shimla. Melalui akaun Instagramnya, aktres jelita itu berkongsi sepintas lalu ladang epal milik keluarganya yang terletak di bandar itu.

Berkongsi keterujaannya, Preity menulis: “Saya terlalu teruja melihat pokok-pokok epal selepas sekian lama, yang mana sebaik sahaja hujan berhenti, saya terus keluar dan merakam video ini. Gembira dapat melakukannya kerana beberapa minit kemudian, ia kembali hujan.”


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bollywood


Dia juga menambah: “Kembali ke ladang milik keluarga pada musim epal selepas beberapa tahun, adalah pengalaman yang penuh emosi dan menggembirakan. 

“Sudah membangun, tempat ini sangat bermakna kepada datuk, nenek, bapa saudara dan emak saudara saya. Kami menikmati kehidupan kanak-kanak kami di sini.”

Preity juga mengimbas kembali kenangan betapa istimewanya musim epal kepada dirinya.

“Musim epal sentiasa istimewa. Banyak peraturan. Tidak dibenarkan makan dalam bilik menggredkan buah, tidak boleh mengganggu pekerja yang sedang memetik buah, jangan bermain dengan epal atau melontarnya. 

“Bahagian yang paling saya suka adalah memetik dan mengutip buah epal yang paling besar dan paling kecil musim itu dan sudah tentu menikmati bergelas-gelas jus epal,” tulis Preity.



Sebagai penutup, dia juga berkongsi: “Dua tahun lalu, saya secara rasmi menjadi peladang dan saya sangat bangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti rantaian epal di Himachal Pradesh.

“Epal Himachal adalah yang terbaik di dunia. Saya sangat bangga kerana keadaan semua ladang masih terkawal walaupun sedang berdepan dengan situasai Covid-19 yang menimbulkan sedikit masalah seperti kekurangan tenaga pekerja dan sebagainya,” ujar Preity. – KitaReporters


Kredit foto: IG Preity G Zinta (@realpz)

16
11
0
4
0
You will be interested