Seni & Sukan 15 Aug, 2020

Misteri Villa Bunian? Vila boleh dilihat dalam dunia nyata!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

MISTERI alam bunian sehingga kini  masih menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat kita. Ada yang percaya dan begitu juga sebaliknya. Namun di daerah Hulu Terengganu, terdapat Villa Bunian yang boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu masuk ke alam ghaib. : KitaReporters

Villa Bunian ini terletak di Kampung Belukar Bukit dan semakin jadi tumpuan peminat aktiviti 'outdoor'.

Lagi cerita-cerita berkaitan misteri:

https://kitareporters.com/search?search=misteri


Seram serta menakutkan! Itu antara persepsi segelintir individu tatkala mendengar tentang Villa (ejaan yang betul ialah Vila) Bunian apatah lagi masyarakat sering dikhabarkan cerita mengenai kehilangan seseorang yang disorok bunian.

Tidak kurang juga, pasti ada yang meremang bulu roma melihat Villa Bunian, sebuah bangunan putih tersergam tinggi dengan persekitarannya hanya dikelilingi tumbuhan menghijau, gunung dan deruan air terjun.

Luarannya mungkin menakutkan, namun sebaik melangkah masuk ke dalam segala tanggapan berubah kerana vila ini tidak menyeramkan sebagaimana namanya, tetapi menjanjikan ketenangan serta kedamaian kepada sesiapa sahaja.

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, Villa Bunian dengan reka bentuk unik ini dimiliki seorang doktor dan penginapan yang terletak di Kampung Belukar Bukit ini telahpun wujud sekitar empat tahun lalu.


Kebelakangan ini, Villa Bunian ini semakin menjadi perhatian warganet setelah kewujudannya kerap dimuat naik dalam laman sosial oleh peminat aktiviti sukan ‘outdoor’ setelah merasai sendiri pengalaman bermalam atau menginap di vila berkenaan. 

Difahamkan, vila ini bukanlah nama sebenar tempat penginapan  itu, namun dikenali sebegitu ekoran lokasinya tersorok dengan hanya dikelilingi hutan selain sekali pandang akan buatkan hati terdetik antara nyata atau tidak. 

Hantaran dimuat naik dalam FB  Experience Terengganu berkaitan Villa Bunian.



Menjengah ke alam Facebook, perihal tentang Villa Bunian ini banyak dikongsikan oleh netizen termasuklah FB page Experience Terengganu yang berkongsi pengalaman admin bermalam di vila yang punyai tiga tingkat dengan dilengkapi tujuh bilik, dapur serta kemudahan lain.

“Saat pertama kali melangkah ke vila ini, min sudah dapat rasa satu aura yang min cari selama itu iaitu aura tenang dan tenteram. Berlokasi di kaki gunung, sempadan dengan hutan simpan, dilingkari sungai yang jernih dan sejuk vila ini sesuaai untuk sesiapa yang ingikan ketenangan jiwa.

“Bukan setakat tidur je, tapi macam-macam boleh buat. Mandi di sungai, boleh hiking, memancing, aktiviti kayak dan tubing (naik pelampung). Aktiviti kampung pun ada, sangat menarik,” antara petikan hantaran yang dimuat naik dalam page Experience Terengganu. 

Pemilik akaun Facebook, Nad Ahmad turut meninggalkan komen berkongsi pengalamannya menginap di Villa Bunia yang pada malam hari adanya kunang-kunang manakala sebelah pagi melepak  di ruangan ‘rooftop’ sambal menghirup udara segar.

Keris kayu gergasi sepanjang lebih satu meter sebagai dekorasi di Villa Bunian. 


Sementara itu, sewaktu kunjungan penulis di Villa Bunian mendapati pelbagai saiz serta bentuk kerusi berasaskan kayu memenuhi bahagian ruang tamu di tingkat bawah vila, sekali gus menampakkan dekorasi cukup unik.

Paling menarik perhatian adalah sebilah keris kayu gergasi. Apa fungsi keris gergasi ini? - KitaReporters

944
320
41
60
69
You will be interested