JIKA melangkah ke pasar raya ketika ini, rata-ratanya yang kelihatan adalah kaum Adam yang dipertanggungjawabkan untuk keluar membeli keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bagi pertama kali pasti akan rasa kekok, maklumlah selama ini tanggungjawab itu digalas oleh si isteri yang pakar di dapur dan membeli belah. : KitaReporters
RANGKAIAN AEON menawarkan pembantu pembeli peribadi (personal shopper) kepada pengguna bagi memudahkan urusan pembelian. - Foto ihsan: AEON
Namun kini, kaum Adam, yang diperakui sebagai ketua keluarga dan satu-satu yang pihak dibenarkan keluar untuk berurusan semasa PKP sehingga 14 April 2020 ini, tidak perlu gusar lagi untuk memilih barangan kerana di semua rangkaian, AEON telah menyediakan seorang pembantu pembeli peribadi (personal shopper).
Dengan
adanya perkhidmatan tersebut, maka kaum Adam tidak lagi tertukar untuk membeli daun
bawang dan daun kucai.
PERKHIDMATAN nasihat berkenaan akan memudahkan si pembeli, sekali gus menjimatkan masa.
Mudahkan? Terima kasih AEON kerana membantu suami dan ketua keluarga kami memudahkan kerja.
Kini si
isteri hanya perlu menyenaraikan barangan yang diperlukan kepada suami.
Manakala suami
pula boleh tunjukkan senarai kepada pembeli peribadi AEON, tunggu di dalam
kereta atau mana-mana tempat menunggu.
PEMBELI hanya perlu serahkan senarai dan menunggu kerana pembantu pembeli peribadi apabila menghubungi selepas kesemua siap dilakukan.
Ini kerana
pembeli peribadi akan menghubungi anda jika pembelian sudah siap. Anda boleh
membayarnya di kaunter yang ditetapkan.
Bantuan
berkenaan dilihat sangat efektif dan sekali gus menjimatkan masa kaum bapa yang
pertama kali ke pasar raya untuk membeli barangan dapur.
Maklumat berkenaan dikongsikan menerusi www.facebook.com/aeonretail.my/posts dan berjaya mendapat ‘tanda suka’ hampir 2,000 pengguna di Facebook selepas dimuat naikkan. - KitaReporter.
PERKHIDMATAN yang disediakan memudahkan pengguna.