Seni & Sukan 17 Apr, 2021

Berita Terkini| Peniaga musang king putih mata rugi RM178k! Diperdaya gadis sertai pelaburan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial Pahang, Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof. Kredit Foto; UtusanOnline


 Gara-gara mahu mengejar keuntungan selepas menyertai skim pelaburan dalam talian seorang peniaga durian musang king di Raub, Pahang berputih mata apabila rugi sebanyak RM178,138.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial Pahang, Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof lelaki berusia 28 tahun itu terdahulu diperdaya seorang gadis yang dikenali melalui aplikasi WhatApp yang memperkenalkan skim pelaburan pada 19 Mac lalu.

Gadis bernama Qian Qian itu kemudian memperdaya mangsa supaya menyertai skim pelaburan melalui Internet.

“Untuk membuat pelaburan ini, mangsa diminta melayari pautan h5.amgm88.com dan mendepositkan sebanyak RM500 kepada akaun yang diberikan.

“Pada permulaannya, mangsa menerima keuntungan RM807 dan akhirnya berminat meneruskan pelaburan kerana mempercayai Qian Qian,” katanya dalam kenyataan di Pahang pada Sabtu, 17 April 2021.

Qian Qian kemudian meminta mangsa melabur RM20,000 dan berjanji akan menguruskan semua pelaburan tersebut.

“Setelah perbincangan dibuat pada 22 hingga 30 Mac lalu, mangsa memasukkan wang RM178,132 ke dalam empat akaun bank berbeza melibatkan 17 transaksi.

“Selepas beberapa hari mangsa ingin mengeluarkan wang keuntungan yang terkumpul berjumlah RM218,715 tetapi tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa lantas dihubungi pusat khidmat pelanggan dan diminta membayar 50 peratus daripada amaun keuntungan untuk membolehkan wang untung itu dapat dikeluarkan.

Mangsa yang curiga terhadap pelaburan tersebut kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested