Seni & Sukan 07 Apr, 2020

ORANG GANU!! SEMUA PASAR DITUTUP 10 APRIL!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this
PENDUDUK Terengganu yang memerlukan bahan basah dinasihatkan agar membeli keperluanberkenaan lebih awal mulai sekarang kerana semua pasar awam dan pasar borong di seluruh negeri akan ditutup bagi membolehkan operasi disinfeksi (nyahcemar) dijalankan oleh pihak berkuasa pada Jumaat, 10 April 2020. : KitaReporters 

Pasar Payang Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan  penduduk tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negeri akan ditutup pada 10 April 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi terbabit akan dijalankan oleh pihak berkuasatempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak  


Katanya, pada hari itu hampir kesemua pasar akan ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi atau nyahcemar dijalankan oleh agensi-agensi terbabit.

Oleh itu, kerajaan negeri memohon supaya semua rakyat di negeri ini yang ingin membeli barang keperluan untuk membuat persiapan awal bagi mengelak sebarang kesulitan. 

Beliau berkata, memaklumkan tarikh berkenaan dipilih kerana trend pembelian masyarakat yang tinggi pada hari Jumaat.  


"Pemerhatian dalam tempoh tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masyarakat di Terengganu gemar keluar beramai-ramai untuk mencari keperluan pada hari Jumaat

"Sehubungan dengan itu, hari itu dipilih bagi mengelak  individu yang ramai keluar dan berada di satu-satu lokasi dalam masa tersebut, sekali gus dapat mengekang risiko penularan wabak COVID-19," katanya. 

Dr Alias berharap rakyat Terengganu tidak berasa panik dengan perubahan itu kerana ia hanya bersifat sementara

Katanya, bagi kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, antara pasar utama yang terbabit ialah Pasar Kedai Payang 2, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Cabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Pasar Permint Jaya Chendering, Pasar Kampung Laut dan Pasar Kedai Buluh. 

"Selain itu, Pasar Gelugor, Pasar Kepung, Pasar Bukit Tunggal, Pasar Batu Enam, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Wakaf Tengah dan Pasar Maras yang berada di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup. 

Majlis Daerah Besut (MDB) mengeluarkan notis penutupan pasar awam di daerah Besut pada 10 April 2020.


"Sebagai pemakluman juga semua pasar di bawah Majlis Perbandaran Kemaman, Majlis Perbandaran Dungun dan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus dan Setiu turut ditutup," katanya. 

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok, berkata penutupan itu hanya membabitkan satu hari dengan kerja pembersihan serta semburan bahan kimia akan dilakukan pegawai dan anggota pasukan khas bahan kimia berbahaya (HAZMAT).

Notis penutupan pasar awam dikeluarkan Majlis Perbandaran Dungun


“Penutupan ini hanya sehari, namun saya nasihatkan seluruh warga bandar raya ini merancang pembelian barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran lebih awal,” katanya.

Mengenai pembersihan semua pasar awam di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, katanya ia sudah bermula sejak minggu lalu dan akan diteruskan secara berperingkat-peringkat. - KitaReporters

1
3
1
0
0
You will be interested