TAK semua pelajar di universiti dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana terdapat beberapa faktor yang tidak mengizinkan mereka untuk pulang ke kampung masing-masing. Oleh itu, pihak universiti memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kebajikan para mahasiswa di universiti sepanjang PKP ini. : KitaReporters
Setiap hari para mahasiswa di setiap universiti akan disediakan makanan secara percuma. Namun timbul satu isu dalam Twitter baru-baru ini yang ditulis oleh salah seorang mahasiswa.
Walau bagaimanapun, pemilik Twitter tersebut telah memadam akaunnya kerana mendapat kritikan hebat dan panas daripada semua warganet yang membaca luahannya.
Ini apa yang ditulis sebelum ini sehingga membuatkan ramai netizen dalam media sosial marah:
Ni contoh makanan PKP untuk mahasiswa yang duduk kat kolej kediaman ya! bukan tak bersyukur tapi tu lah....
Kenyataan ini membuatkan warganet berasa marah dengan posting ini dalam Twitter tersebut.
Rata-rata warganet mengatakan mahasiswa ini tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang telah disediakan untuk mereka.
Salah seorang mahasiswa di universiti tersebut berkongsikan pendapatnya sepanjang dua minggu di sana.
Menurut Amirul Fahmi, beliau di universiti makan minum sepanjang PKP ini terjaga dengan baik dan makanan yang disalurkan 100% adalah percuma.
Kadang dapat air mineral free, susu free, roti free. apa yang korang nak? dah la caj bilik pun dikecualikan oleh pihak Universiti sepanjang PKP ni.
Tambahannya, pihak universiti telah berbelanja lebih sejuta ringgit.
"Kalau stakat rasa makanan tak sedap. kau boleh blah dari kampus sekarang merempat tepi McD Bangsar tu."
Satu sahaja pesanan, tolong bersyukur dengan rezeki yang telah diberi kepada kita kerana masih lagi ramai orang di luar sana yang tidak cukup makan sepanjang tempoh PKP ini. - KitaReporters