Seni & Sukan 28 Aug, 2020

Syabas Petronas! Video merdeka yang tak pernah mengecewakan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

VIDEO iklan merdeka yang diterbitkan oleh Team Petronas kali ini harus diberi pujian dek kerana kreativiti mereka menghasilkan sebuah video yang amat baik. Dengan bertemakan 'Operasi Koperasi' dan hanya menampil pemadam dengan pelbagai loghat sebagai pelakon utama, sudah cukup memberi mesej yang sangat bermakna. Memang awesome beb!! : KitaReporters 


Biasanya kita melihat video Hari Kemerderkaan Malaysia berkisahkan kaum di negara ini, namun kali ini, dengan kemajuan teknologi dan kebijaksaan team video Petronas, mereka menghasilkan video sambutan kemerdekaan kali ke-63 tahun ini dengan mengabungkan loghat setiap negeri

Syabas pasukan pasukan yang terlibat!!


Kebiasaannya dalam video itu akan tampilkan barisan pelakon atau orang biasa seperti video sebelum ini, namun kali ini, Petronas memilih untuk melakukan video animasi. Tahun ini boleh dikatakan banyak video animasi menjadi pilihan. 

Hok ni la ore royak bijok sokmo.

Video yang diterbitkan dalam saluran youtube  Petrtonas pada 24 Ogos 2020 lalu telah ditonton lebih 1.3 juta tontonan setakat tengah hari 28 Ogos 2020. 

Powerkan!! Yang belum tonton pergilah tonton cepat.


Kredit video Youtube Petronas. 


Bagi penulis, video sambutan kemerdekaan kali ini 'simple', namun mesej yang ingin disampaikan tetap menyentuh hati penonton. Itu lebih penting.

Senang kata, video dari Petronas memang tidak pernah mengecewakan!! 

Biarpun di Malaysia terdapat pelbagai loghat, namun itu bukan bermakna kita tidak tidak boleh bersatu. Kepelbagaian loghat itu adalah keunikan yang ada di Malaysia.  'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Sebab itu kita perlu bersatu. Perbezaan loghat bukan masalah besar sebab kita semua boleh berbicara dalam bahasa Malaysia. 

Tapi kalau yang tak faham bahasa Malaysia, itu tak unik tapi emmm.... tu dah cerita lain!!

Jika lihat ruangan komen pula, banyak netizen memuji video terbitan Petronas kali ini.






Akhir kata daripada penulis dan KitaReporters, Selamat Menyambut Hari Kemerderkaan kali ke-63, Malaysia!! Moga Malaysia akan terus aman sentosa agar maju makmur bersama. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested