Seni & Sukan 25 Mar, 2021

Terima kasih cikgu! Pelajar SPM SMK Pulau Nyior hadiahkan guru mesin pencetak, jagung, pisang

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pelajar SPM menghadiahkan mesin pencetak untuk kegunaan guru SMKPN pada hari akhir peperiksaan mereka.


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior (SMKPN) membuat kejutan kepada guru peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sahaja berakhir kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sains Komputer pada petang tadi, Khamis, 25 Mac 2021.

Wakil pelajar tingkatan lima Avicenna Lou Yan Tong berkata, keputusan untuk membeli mesin pencetak, jagung dan pisang sebagai hadiah kejutan itu diambil setelah berbincang antara rakan-rakan kelasnya itu.

"Kami berasa geram dan malu bila membaca laporan mengenai beberapa pelajar SPM yang bertindak menconteng baju yang tertera perkataan kesat terhadap guru," katanya.

"Adalah tidak adil apabila menjatuhkan hukuman bahawa dengan tindakan segelintir pelajar terhadap guru itu mencerminkan seolah-olah seperti kata peribahasa Melayu kerana nila setitik rosak susu sebelanga," ujarnya lagi.


Lagi cerita-cerita berkaitan SPM:

https://kitareporters.com/search?search=SPM


Nur Sakinah Samsudin (kiri) sedang memilih mesin pencetak untuk diberikan kepada pihak sekolah.


Manakala Nur Sakinah Samsudin pula berpendapat tindakan mereka itu kemungkinan untuk menunjukkan kepuasan kerana akhirnya selepas SPM tertangguh pada tahun 2020, maka 2021 berjaya juga mendudukinya.

"Mereka mungkin mengikut perasaan jiwa muda mereka dan kami dari SMKPN membuktikan walaupun tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang diumumkan oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun guru-guru sekolah sebenarnya lebih tertekan tetapi bersemangat untuk mengadakan kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan mengedarkan soalan latihan bercetak terutama soalan-soalan semasa dan soalan-soalan lima tahun lepas,’ ujarnya lagi.


Guru sekolah itu turut menerima jagung daripada pelajar mereka.


Bagi Mohd Hanif Nazmi Mad Nazir pula semua pihak tertekan dengan COVID-19 bukan sahaja pelajar dan guru malah ibu bapa serta penjaga juga tertekan kerana terpaksa menyusun semula jadual mereka bagi memastikan anak-anak mereka menduduki peperiksaan yang penting ini.

"Bukan kami sahaja tertekan tetapi murid Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga tertekan tetapi semua perlu bersabar dan menjaga emosi," katanya ketika ditemui.

Mohd Hanif menambah dia dan rakan-rakan lain juga berterima kasih kepada semua guru kerana sanggup mengadakan kelas tambahan pada waktu malam dan hari cuti agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi SPM.


Pisang juga diberikan sebagai tanda terima kasih Kepada guru.  


Dalam pada itu Guru Kanan Kemanusiaan Cikgu Zainal Sulaiman yang menerima mesin pencetak daripada pelajarnya melahirkan rasa  terharu dan gembira dengan sumbangan itu.

"Kami guru-guru sentiasa mendoakan dan berusaha sebaik mungkin agar pelajar kami dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan jayanya," ujarnya lagi.

Manakala Cikgu Azmawati Abd Wahab pula tidak menyangka pelajarnya menghadiahkan mesin pencetak pada hari akhir peperiksaan SPM mereka itu.

"Moga mesin pencetak ini akan membantu unit peperiksaan SPM sekolah ini kelak," sambungnya lagi.


Penyelaras Praktikum Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nor Hasimah Ismail (kanan) menyampaikan kertas pendua kepada guru SMK Pulau Nyior Roziana Saad.


Sementara itu Penyelaras Praktikum Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nor Hasimah Ismail turut menyampaikan kertas pendua untuk kegunaan guru-guru SPM sekolah itu.

"Saya bila dimaklumkan mengenai langkah pelajar sekolah ini mengambil iniasitif untuk mengumpul wang bagi pembelian mesin pencetak untuk kegunaan guru-guru SPM khususnya, maka secara tidak langsung memberikan kegembiraan kepada kami untuk turut menyumbang kertas pendua sebagai tanda kegembiraan," ujarnya lagi. - KitaReporters


9
1
0
0
0
You will be interested