Seni & Sukan 17 Nov, 2021

Video| MK K-Clique Sapu Rata! Lagu tema permainan PUBG Mobile! Sebaris Rich Brian, Blackpink!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SESUAI dengan judul single komersialnya, ‘Sapu Rata’, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique boleh dikatakan bertuah apabila menjadi penyanyi tempatan yang sapu rata geng rapper lain setelah diumumkan sebagai duta baharu untuk permainan PUBG Mobile.

Pelantikan MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, itu sekali gus meletakkannya sebaris dengan penyanyi lain yang berkolaborasi dengan PUBG Mobile sebelum ini seperti artis antarabangsa kelahiran Indonesia, Rich Brian.

Rich Brian menyumbangkan sebahagian muziknya untuk permainan ini, manakala terdahulu dilaporkan bintang-bintang ikonik K-Pop, Blackpink turut berkolaborasi bersama PUBG Mobile.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PUBG


MK K-Clique (tengah) sewaktu sidang media bagi lagu berjudul Sapu Rata.



Malah pada ulang tahun ketiga PUBG Mobile, penerbit muzik tarian yang berpangkalan di Stockholm, Alesso, pemuzik Belgium, Lost Frequencies dan DJ merangkap produser Belanda-Maghribi, R3HAB berkongsi karya termasuk debut single baharu mereka di seluruh dunia secara eksklusif.

“PUBG MOBILE memberikan tenaga dan inspirasi sama sebagaimana yang saya gunakan untuk membuat muzik.

"Saya gembira dapat kolaborasi dengan mereka untuk membawa peminat cara baharu dan menarik untuk menikmati permainan ini,” ujar MK yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, “Sapu Rata’ feat Wolfy di Nero Event Space, PJPAC, 1 iaitu lagu tema permainan PUBG Mobile .

Melalui kolaborasi yang mencipta sejarah tersendiri bagi MK, pemain PUBG Mobile dan peminat rapper itu dapat mendengar lagu ‘Sapu Rata’ dalam permainan.


Turut bersama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy  (kiri) dan Pengurus Pemasaran (Malaysia) Tencent Games, Adil Hisham (kanan), manakala Wolfy yang berada di luar negara dipancarkan kata-kata ringkasnya melalui video pada majlis sidang media.


Sapu Rata merupakan hasil ciptaan MK dan Wolfy, manakala lirik ditulis MK bersama SaintDNL.

Penghasilan video muziknya diarah oleh Bernard Ting dan Delcan Chu dari IO Esports,  menampilkan MK serta pemain handalan PUBG Mobile Malaysia seperti HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2K Agusnanzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza.

Selain itu, gamers serta peminat MK sendiri diyakini mempunyai sebab baharu untuk memuat turun dan mencuba permainan PUBG Mobile.

“Dalam masa terdekat, kami juga akan melancarkan sejumlah barang dalam permainan bertemakan MK termasuk pakaian kekal MK, watak, pek suara, muzik lobi permainan dan banyak lagi,” ujar Pengurus Pemasaran (Malaysia) Tencent GamesAdil Hisham.

Tahniah! MK-Clique atas pelantikan selaku duta PUBG Mobile mewakili selebriti dari Malaysia.

Sementara itu, satu-satunya pelakon yang  terlibat dalam  PUBG Mobile bagi permainan mod 'jangkitan' adalah Aaron Aziz dengan punchline 'zombi rata'. - KitaReporters



MK (empat dari kiri) bergambar bersama beberapa pemain handalan PUBG Mobile yang hadir memeriahkan majlis.


14
6
0
12
0
You will be interested