Seni & Sukan 19 Oct, 2022

Search atur langkah! Konsert di Pulau Pinang, Johor! Juga di Sabah, Sarawak! Bincang nak ke Bandung!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this


SAMBUTAN hangat yang diberikan oleh peminat terhadap Konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun 2022 lalu membuatkan kumpulan tersebut terus mengatur langkah untuk menemui peminat di seluruh negara.

Search amat berterima kasih kepada peminat serta media yang memberi komen positif dan ulasan memberangsangkan terhadap konsert terbabit. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kumpulan Search


Menurut Noordin, pemain gitar kumpulan tersebut, kebanyakan klip video konsert tersebut yang dikongsi peminat dalam media sosial mendapat jumlah tontonan yang cukup tinggi.

“Perkongsian video itu turut membuatkan peminat yang tidak berkesempatan hadir ketika itu tidak sabar menantikan konsert seterusnya. 

“Kami amat terharu apabila peminat menobatkan konsert itu sebagai konsert yang paling berpengaruh tahun ini,” katanya yang menjayakan konsert tersebut bersama Denden Gonjalez (penyanyi), Kid (gitar), Yan (bes), Minn (dram) dan pemain keyboard undangan, Firdaus. 


Noordin janji spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi berkualiti setiap kali Search mengadakan persembahan.


Noordin berkata, selepas berakhir Konsert Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, mereka dihujani banyak pertanyaan mengenai program Search selepas itu.  

Search bukan saja menerima tawaran mengadakan konsert di dalam negara, tetapi juga di luar negara

“Namun, kami mengambil sikap sangat berhati-hati dalam memilih untuk bersetuju. Perkara paling penting ialah Konsert Rockin' On Rooftop di Kompleks Campbell itu kami jadikan sebagai penanda aras untuk konsert seterusnya baik dari segi tempat, tarikh dan masa. 


Kumpulan Search meneruskan siri konsert Rockin' di Pulau Pinang dan Johor untuk bertemu peminat.


“Selain itu, spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik lagi. Pihak kami amat menitikberatkan piawaian ini selaras dengan nama besar Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock tanah air.  

“Ini bermaksud apabila peminat menonton persembahan Search, mereka akan menikmati 'standard' Search itu sendiri dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya dikendalikan jurutera Search yang cukup berpengalaman,” katanya lagi. 

Bagi memenuhi kehedak peminat yang tidak berkesempatan menonton persembahan mereka sebelum ini, Noordin memberitah bahawa kumpulan itu akan menghibur peminat di sebelah utara dan selatan pula.

Search akan mengadakan konsert Rockin’ Arena di Penang Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember 2022, pukul 9 malam dan Rockin’ On Rooftop di bumbung pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari 2023, 9 malam.   

Harga tiket untuk dua konsert tersebut adalah RM268 dan RM148 yang boleh dibeli menerusi www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh ke kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.   


Search bakal mendendangkan kira-kira 20 hingga 22 buah lagu untuk konsert yang bakal berlangsung nanti.


Jelas Noordin, untuk setiap konsert berkenaan, Search bakal memperdengarkan kira-kira 20 hingga 22 lagu. Dalam masa sama, mereka juga akan meningkatkan kualiti sistem bunyi, permainan muzik dan persembahan supaya lebih baik berbanding sebelum ini. 

“Alhamdulillah, selepas berakhir Konsert Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, ramai yang tanya apa perancangan Search selepas itu. Search bukan saja menerima tawaran mengadakan konsert di dalam negara, tetapi juga di luar negara. 

“Namun, kami mengambil sikap sangat berhati-hati dalam memilih untuk bersetuju. Perkara paling penting ialah Konsert Rockin' On Rooftop di Kompleks Campbell itu kami jadikan sebagai penanda aras untuk konsert seterusnya baik dari segi tempat, tarikh dan masa. 


Penampilan Denden Gonjalez sebagai vokalis Search mendapat sokongan peminat.


“Selain itu, spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang sama atau lebh baik lagi. Pihak kami amat menitikberatkan piawaian ini selaras dengan nama besar Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock tanah air. 

“Ini bermaksud apabila peminat menonton persembahan Search, mereka akan menikmati 'standard' Search itu sendiri dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya dikendalikan jurutera Search yang cukup berpengalaman,” katanya. 

Selain dua lokasi di Pulau Pinang dan Johor Bahru yang sudah ditetapkan, Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai


Search juga bakal menemui peminat mereka di Sabah dan Sarawak nanti.


“Kami merancang untuk ke sana (Kuching dan Kota Kinabalu) hujung tahun ini, tetapi ia terpaksa ditunda berikutan situasi musim tengkujuh ketika ini. Ini kerana kami mahu membuat konsert di kawasan terbuka, jika buat di lokasi berbumbung tidak ada lokasi yang sesuai pula. Insya-Allah, mungkin kami akan ke sana tahun depan,” katanya. 

Dalam masa sama, Search juga ada mengadakan perbincangan dengan penganjur konsert di Indonesia. Jika semuanya berjalan lancar, Search dijangka mengadakan konsert mereka di Bandung pada penghujung Februari tahun depan. 

Menurut Noordin, dia bersama anggota Search sudah menjalani latihan sebagai persiapan untuk konsert yang bakal datang. - KitaReporters


Selain Malaysia, Search juga bercadang mengadakan konsert di Indonesia, tahun hadapan. 

11
12
0
13
0
You will be interested