Seni & Sukan 26 Sep, 2022

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kedudukan pingat mengikut negeri pada temasya SUKMA 2022


BIARPUN tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 pada tahun 2022 ini tetap menjadi kebangaan kepada kontinjen Terengganu

Kejayan memungut jumlah pingat melebihi sasaran awal dengan memperolehi 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa menobatkan Terengganu sebagai naib johan pada temasya tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan temasya Sukan Malaysia (SUKMA)

Kontinjen SUKMA Terengganu


Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkongsi kegembiraan dan berbangga dengan pencapaian dan prestasi cemerlang atlet negeri itu yang muncul naib juara keseluruhan SUKMA 2022.

Katanya, walaupun tidak menjadi juara keseluruhan, namun temasya kali ini, kontinjen Terengganu merangkul emas terbanyak sepanjang kejohanan SUKMA yang pernah disertai Terengganu.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi kata-katan semangat kepada atlet Terengganu


“Secara tidak langsung, kita berada di kedudukan kedua daripada keseluruhan negeri yang bertanding,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, kejayaan itu hasil usaha semua pihak khususnya atlet, persatuan, jurulatih, bapa angkat dan jabatan angkat.  

“Kejayaan ini juga hasil daripada berkat doa dan sokongan padu daripada semua rakyat Terengganu,” katanya lagi. 


Pasukan bola sepak Terengganu bersorak gembira apabila mendapat pingat emas selepas melawan Pulau Pinang.


Untuk rekod, di sebalik kemenangan di tempat kedua, Terengganu menghantar atlet lebih sedikit berbanding negeri kelompok atas yang lain

Seramai 459 atlet dihantar menerusi 334 daripada 426 acara yang dipertandingkan, jauh lebih sedikit berbanding juara, Johor yang menghantar 688 atlet dan menyertai lebih banyak acara. 

Wilayah Persekutuan pula menghantar 736 atlet, Sarawak (734) dan Perak (698). - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri (tengah) bergaambar kenangan bersama pasukan bola Terengganu

13
15
1
13
0
You will be interested