Seni & Sukan 06 Sep, 2022

Gelinya! Ramai nak muntah! Tapi tontonan tetap tertinggi! Wanita selamba je mukbang katak rebus!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


SEBUT sahaja katak, pasti ramai yang mula rasa geli-geleman. Haiwan yang hidup dua alam atau dipanggil amfibia ini antara haiwan yang haram dimakan oleh orang Islam. Namun, tidak bagi yang bukan beragama Islam.

Kalau di Malaysia, katak merupakan hidangan biasa buat kaum Cina. Namun, kebiasaannya mereka menggemari bahagian kaki kerana isinya lebih sedap. Agak jarang melihat mereka menikmati hidangan katak yang lengkap keseluruhannya.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan katak-katak


Justeru, aksi mukbang seorang wanita Indonesia dalam TikTok menikmati hidangan katak rebus mendapat perhatian netizen. Ia mendapat perhatian kerana wanita itu dengan selamba meratah katak yang lengkap keseluruhannya, ada kaki dan juga kepala. Hanya jari katak itu sahaja yang dibuang.

Jadi, kelihatan seperti dia memakan seekor katak hidup apatah lagi ia hanya direbus sahaja. 


Katak merupakan haiwan dua alam atau amfibia.


Dalam video yang mendapat ratusan ribu tanda suka dan puluhan ribu komen itu, akaun TikTok yang dikenali sebagai Dindonnnn@tersakitiiii10 mendapat reaksi luar biasa daripada netizen. 

Kebanyakan komen menunjukkan reaksi geli, jijik dan mahu termuntah. Apatah lagi keadaan fizikal katak tersebut yang tidak dipotong kecil dan dibuang kulitnya.



Antara reaksi netizen melihat aksi wanita ini.


Video tersebut juga menunjukkan katak-katak yang dimakan oleh wanita tersebut bersaiz besar dan mempunyai isi yang banyak. Dia dengan begitu lahap menikmati hidangan tersebut. Sesekali mencicah daging katak tersebut dengan sos kicap.

"Makan katak rebus. Next makan apa lagi gais?" tulisnya dalam keterangan unggahan yang dilihat pada Isnin 5 September 2022.

Gemuk-gemuk isi katak yang dimakan oleh wanita ini.

Dalam permulaan video tersebut, wanita itu menjelaskan bahawa katak-katak itu akan direbus dan dimakan. Aksinya menikmati daging katak itu pada bahagian paha dan kepala dengan bersungguh menyebabkan netizen mula rasa mual.

Namun lucunya, walaupun netizen menganggap ia menjijikkan video tersebut tetap mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Begitulah asam garam dunia media sosial, makin pelik isi kandungan (content) maka makin ramailah yang menontonnya walaupun beribu kecaman dilontarkan. - KitaReporters

9
13
0
15
1
You will be interested