Seni & Sukan 11 Sep, 2022

Anggota polis terkejut tangkap isteri sendiri berkhalwat! Dengan bekas kekasih! Anak ketua kampung!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Isteri anggota polis ditangkap berkhalwat atau berselingkuh dengan anak ketua kampung. - Kredit foto: News TV


LURUH hati seorang anggota polis di atas kecurangan isteri apabila dia sendiri menangkap isterinya berkhalwat dengan anak seorang Kepala Desa (Kades) atau ketua kampung di sebuah hotel empat bintang di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, baru- baru ini.
Anggota polis terbabit yang bertugas di Balai Polis Banyuasin, Ilir Barat 1 melakukan serbuan bersama beberapa anggota polis lain di sebuah bilik hotel berkenaan pada pukul 10.30 malam.

Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan berselingkuh

Kredit foto: Tangkap layar video TikTok


Dalam serbuan pada 30 Ogos 2022 itu, mendapati isteri anggota polis itu yang bernama EP berumur 23 tahun dalam keadaan separuh bogel di atas katil berada dengan anak seorang ketua kampung yang dikenali MI, 24, yang dipercayai bekas kekasih isterinya.
Dalam video yang dirakam ketika operasi itu dilakukan terlihat anggota polis iaitu suami EP begitu terkejut serta teramat marah terhadap isterinya yang sedang berada berduaan dengan mantan kekasihnya dipercayai mereka sudah melakukan hubungan intim di hotel tersebut.
Ketika ditangkap MI yang berasal dari Kabupaten Banyuasin tidak melakukan sebarang penentangan dengan anggota polis yang menjalankan operasi itu.
Manakala EP tidak mampu berkata apa-apa melainkan wajahnya tunduk membisu dengan kehadiran suaminya yang tiba- tiba muncul di pintu bilik sambil tangannya menutup kain selimut di tubuh badannya.

Kredit foto: Tangkap layar video TikTok


Portal Suarasumsel.id pada 1 September 2022 lalu dipetik melaporkan bahawa EP yang sudah berkahwin dengan suami (anggota polis) sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia 11 bulan.
''Ye bagus, hebat kamu. Anak ditinggalkan di rumah. Kamu lari dengan lelaki (MI) ini,'' kata suaminya dan EP tidak menjawab apa-apa hanya mendiamkan diri.
''Sekarang sudah terbukti kamu berselingkuh. Kamu sanggup tinggalkan anak semata-mata untuk berseronok dengan kekasih kamu. Sebelum ini kamu selalu menuduh aku sering berselingkuh dengan wanita lain,'' kata suaminya lagi dengan nada marah.

EP, isteri anggota polis. - Kredit foto: Tribunmedan.com


Sementara, Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Ilir Barat 1 Palembang, Kompol Roy A Tambunan berkata, suaminya sendiri yang melaporkan kepada Balai Polis Banyuasin tentang kecurangan isterinya di hotel tersebut.
Menurutnya, anggota polis itu (suami EP) bersama beberapa anggota lain dari balai polis tersebut untuk menyerbu isterinya ketika itu disyaki berada di hotel empat bintang.
''Alangkah terkejut suaminya apabila pintu bilik dibuka oleh MI, dia melihat EP berada separuh bogel di atas tilam,'' kata Roy A Tambunan.
Beliau berkata, suaminya (polis)  mengetahui bahawa EP berjanji akan berjumpa dengan bekas kekasihnya di hotel tersebut selepas terbaca WhatsApp dalam telefon isteri sebelum dua hari kejadian.
Dalam pada itu, EP memberitahu pihak polis, rumah tangga mereka tidak pernah aman selepas berkahwin dan mereka selalu bergaduh sering didengari jiran tetangga.
Menurut EP,  apabila mereka bergaduh suaminya (polis) selalu memukul dirinya selain mengugut untuk menceraikannya menyebabkan EP mengadu nasib malangnya kepada mantan kekasihnya. - KItaReporters

MI, anak ketua kampung atau kepala desa (kades) - - Kredit foto: Tribunmedan.com

13
14
0
14
1
You will be interested