Seni & Sukan 20 Jul, 2022

Video| Sanggup! Isteri panjat bonet kereta suami! Tangkap gambar kekasih suami! Bukti kecurangan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


HAMPIR tiga bulan lalu, viral dalam media sosial di negara Indonesia apabila seorang isteri mengamuk dan sanggup naik ke atas bonet kereta selepas tersempak suaminya berduaan dengan seorang wanita selingkuhnya

Dalam kejadian yang berlaku di Lubuklinggau Timur 1, Sumatera Selatan itu, wanita terbabit bertindak demikian akibat terlalu marah terhadap suaminya yang juga seorang pegawai polis mempunyai wanita lain sehingga mengabaikan tanggong jawab rumah tangga mereka.


Video| Wanita mengamuk, naik atas bonet kereta! Jumpa abang bersama wanita selingkuh dalam kereta!


 



Kini, kejadian yang hampir sama pula berlaku di Vietnam pula setelah media sosial melaporkan bahawa seorang isteri di negara itu sanggup bertarung nyawa memanjat bonet kereta yang sedang bergerak perlahan untuk mengambil gambar wanita simpanan suaminya yang berada di dalam kenderaan

Aduhai betapa malangnya nasib seorang isteri yang terlalu menyayangi suaminya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjejaskan maruah seorang wanita di khalayak ramai. 

Tindakan wanita terbabit merakam gambar kekasih suaminya sebagai bahan bukti sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian rumah tangga wanita itu.


 


Kejadian itu dikhabarkan  berlaku di Vietnam pada 15 Julai 2022 lalu di daerah Thin Dian, Kota Thai Nguyen, Provinsi Thai Nguyen

Dipetik portal Grid.id dari portal Eva.vn pada 16 Julai 2022 melaporkan aksi wanita berkenaan amat memeranjatkan orang ramai kerana kejadian itu terjadi di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan di sebuah bandar di negara itu.

Ketika video itu dirakam, isteri tersebut tanpa segan serta silu dengan orang awam  telah bertindak memanjat bonet kereta suaminya semata-mata untuk mengambil gambar suaminya dan ‘madunya’ yang sedang berada didalam kereta merah itu. 

Aksi nekad wanita itu disebabkan terlalu marah dengan perbuatan suaminya kerana sebelum itu dikatakan isterinya sudah mencari di merata tempat di sekitar kota terbabit namun tidak berhasil.

Selepas itu, wanita itu dikatakan secara kebetulan tersempak dengan kereta suaminya berwarna merah bersama kekasihnya di lokasi kejadian. 


 


Dalam video yang ditularkan itu, ternampak seorang wanita yang memakai baju gaun berbunga ungu naik ke atas bonet kereta  sedang bergerak secara perlahan yang dipercayai dipandu oleh suaminya. Sungguhpun dalam situasi sebegitu, isteri terbabit tetap tenang dan tidak mengamuk di atas bonet kereta kecuali dia hanya mengambil gambar suaminya dan kekasih suaminya sahaja.

Aksi wanita itu tanpa terduga tidak mengundangkan apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku keatas dirinya.

Ia  kerana andai kata suaminya bertindak melajukan sedikit kenderaannya akibat sakit hati atas perbuatan isterinya yang memalukan dirinya di khalayak orang ramai,  sudah pasti wanita yang sedang asyik tangkap gambar di atas bonet kereta berkenaan akan terjatuh atau tercampak di tepi jalan. 


 


Anggota polis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian tiba ke lokasi itu untuk memenangkan dan menasihat wanita itu supaya turun dari bonet kereta suaminya.

Bagaimanapun, wanita terbabit menjelaskan kepada anggota polis bahawa dia mengambil gambar suami bersama perempuan simpanannya sebagai bahan bukti suaminya telah curang pada dirinya selama ini.

‘’Saya ini adalah isteri dia yang sah dan ini Sijil Pernikahan saya yang rasmi,’’ kata wanita itu kepada anggota polis yang turut didengari beberapa orang awam yang berada di lokasi tersebut. - KitaReporters


 

 

 

10
16
2
11
1
You will be interested