MELAKA United bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkir dalam saingan Piala FA untuk jadikan Penang Football Club (FC) sebagai tempat lepaskan geram apabila berpesta jaringan 4-1 ke atas Penang FC dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada malam tadi (26 Julai 2022).
Melaka United tidak perlu menunggu lama apabila seawal minit ke-4 sudah berada di hadapan menerusi Emmanuel Oti. Melaka United terus mempamerkan permainan yang lebih baik berbanding Penang FC yang sukar untuk mengulangi kejayaan sebelum ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super
Skuad kendalian Asri Ninggal, terus melancarkan serangan dan tidak memberi peluang untuk Penang FC menyusun strategik. Melaka United berjaya menambah jaringan kedua apabila Adriano Narcizo menambah akaun jaringan beliau pada minit ke-36.
Penang FC cuba mengulangi apa yang mereka lakukan di Pahang utuk bangkit pada separuh masa kedua, namun ia tidak menjadi sebaliknya bekas penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun mengukuhkan kedudukan Melaka United untuk mendahului 3-0.
Belum sempat Penang bernafas, Melaka United terus menambah duka pemain Penang apabila Justin Baas menjaringkan gol keempat Melaka United pada minit ke-60 selang dua minit dari jaringan ketiga.
Penang FC hanya memperoleh jaringan saguhati menerusi sepakan sudut dari Lucas da Silva pada minit ke-86.
Kemenangan ini mengubat sedikit duka Melaka United yang tewas pada suku akhir Piala FA beberapa hari lalu dan kemenangan ini juga membolehkan mereka menghuni tangga keenam liga setakat ini.
Sementara Penang FC terus konsisten untuk berada di tangga tercorot liga, namun itu bukan satu masalah besar kerana tiada penyingkiran pada musim hadapan. - KitaReporters
Kredit : FB Melaka United FC