Gaya Hidup 11 Aug, 2022

Liga Super 2022: JDT terus gah di persada liga! Tundukkan Terengganu! Bertemu lagi akhir Piala FA?

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan cengkaman selaku pendahulu liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah, Terengganu Football Club (FC) dalam saingan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam tadi (10 Ogos 2022).

Dalam perlawanan ini, biarpun permainan baru memasuki 10 minit pertama, kedua-dua pasukan sudah ada beberapa peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan. Masing-masing mengamalkan taktikal menyerang dan gaya permainan yang lebih terbuka. 

JDT hampir di depan namun percubaab Bergson Da Silva terkena tiang gol biarpun penjaga gol Terengganu sudah tertewas. 

JDT akhirnya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-31 selepas hantaran cantik Afiq Fazail memerangkap barisan pertahanan dan peluang terbaik ini tidak dipersia-siakan oleh Bergson untuk jaringan pertama perlawanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan akhir

Kredit foto: FB JDT


Bermula babak kedua, JDT tidak perlu menungu lama untuk menambah jaringan kedua kali ini hasil jaringan cantik daripada Fernando Forestieri selepas memperdayakan beberapa pemain pertahanan lawan pada minit ke-47, dua minit selepas permainan bermula.  

Terengganu cuba kembali mengatur serangan dari sebelah kiri dan kanan untuk mencari gol bagi merapatkan kedudukan dan mereka berjaya meraih gol pertama menerusi sepakan percuma yang begitu cantik daripada Hakimi Abdullah pada minit ke-50 dan berjaya menewaskan penjaga gol JDT.  

Selepas mendapat gol pertama, Terengganu terus meningkatkan intensiti dalam menekan JDT dengan serangan demi serangan dan berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun deretan peluang itu terlepas begitu sahaja.  

Berbaki 10 minit terakhir permainan, Terengganu terus menyerang namun masih gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat permainan.


Kredit foto: FB MSL


Perlawanan antara JDT dan Terengganu FC dinanti-nantikan oleh segenap penonton dari kedua-dua pasukan dek kerana mereka akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA nanti dan perlawanan ini boleh dikatakan seperti perlawanan untuk menguji pasukan masing-masing.   

Perlawanan ini juga begitu baik dari kedua-dua pasukan kerana permainan yang laju dan merancakkan lagi tempo permainan. Diharapkan perlawanan akhir nanti, mereka mampu mengulangi dan tingkatkan lagi prestasi permainan seperti ini untuk saljikan perlawanan akhir yang lebih menarik. - KitaReporters


Kredit foto : FB MSL

12
19
0
12
0
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 3 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 14 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUNĀ  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 15 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 15 hours ago