IKLAN jawatan kosong yang menawarkan pekerjaan unik oleh sebuah syarikat bernama Candy Funhouse berpangkalan di Kanada menarik perhatian ramai menjadi tular sehingga menerima puluhan ribu permohonan.
Sekiranya calon ditawarkan pekerjaan bagi mengisi kekosongan tersebut, tugas mereka hanya satu iaitu merasai gula-gula hasil keluaran produk syarikat berkenaan dengan gaji sebanyak C$100,000 atau kira-kira RM350,000 setahun.
Berdasarkan tinjauan KitaReporters, iklan kekosongan jawatan Ketua Pegawai Gula-Gula atau Chief Candy Officer (CCO) tersebut telah dibuat dalam laman LinkedIn Candy FunHouse pada 19 July 2022 telah menerima 28,000 permohonan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha cari kerja
Selain itu, deskripsi tugas yang telah ditetapkan oleh syarikat sebagai CCO itu adalah untuk menguji lebih 3,500 produk gula-gula sebulan serta membuat keputusan produk yang perlu dikeluarkan untuk pemasaran.
Menurutnya lagi, kelulusan setiap hidangan perlu dibuat dengan Cop Kelulusan CCO.
Lebih menarik lagi, tawaran pekerjaan tersebut juga terbuka kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas.
Calon yang akan menerima tawaran kerja untuk jawatan itu turut diberi pilihan sama ada untuk melaksanakan tugas dengan masuk ke pejabat atau bertugas dari rumah.
”Kami sedang mencari jawatan yang satu-satunya wujud di dunia iaitu Ketua Pegawai Gula-Gula dengan bayaran mencecah C$100,000 setahun untuk menerajui Strategi Gula-Gula FunHouse,” ujarnya melalui iklan jawatan kosong di laman LinkedIn miliknya. - KitaReporters