Seni & Sukan 24 Nov, 2022

Video| Selepas Argentina, kini Jerman! Dimalukan oleh Jepun 2-1! Pasukan Asia terus cipta kejutan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PASUKAN dari Asia terus mencipta kejutan apabila kali ini Jepun pula memalukan gergasi Eropah, Jerman dalam perlawanan pembukaan kumpulan E Piala Dunia 2022

Biarpun di atas kertas Jerman dilihat seperti tiada masalah untuk mencatat kemenangan namun Jepun membuktikan sebaliknya pula apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak Piala Dunia



Jerman membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-33 melalui llkay Gundogan selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti. 

Pemain Jerman, Kai Havertz mengukuhkan kedudukan namun jaringan ini dibatalkan kerana beliau berada di kedudukan offside. 

Pada separuh masa kedua, Jepun mempamerkan kebangkitan dan corak permainan juga berubah dalam usaha mencari gol. 

Minit ke-75, Jepun akhirnya mendapat gol penyamaan melalui Ritsu Doan untuk menceriakan penyokong mereka. 

Tujuh minit sebelum tamat masa sebenar, Takuma Asano menjadi wira buat pasukan Samurai Biru untuk jaringan kedua sekali gus menjamin tiga penting buat pasukan mereka. 



Sebelum perlawanan, pasukan Jerman dilihat seperti mengejek FIFA dan tidak menghormati tuan rumah dalam soal memakai lilitan ketua pasukan yang melambangkan LGBT. 

Kekalahan Jerman ini adalah antara kejutan terbesar setakat ini. Ia pasti memberi semangat kepada pasukan Asia yang lain untuk mencipta kejutan dalam perlawanan seterusnya. - KitaReporters


12
20
0
9
0
You will be interested