Seni & Sukan 09 Feb, 2023

Syabas Qabil Irfan Azlan! Pelumba cilik dapat kejutan hadiah sebuah motosikal! Daripada MB Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.


JIKA Azizulhasni Awang mengharumkan nama Terengganu ke persada dunia dalam arena sukan sebagai pelumba basikal terhandal negara dan antarabangsa, tidak mustahil ada lagi anak negeri itu bakal mencipta nama dalam bidang sukan bertaraf dunia juga.

Seorang lagi pelumba akan mengegarkan negara apabila pelumba cilik Qabil Irfan Azlan,11, anak kelahiran Terengganu, bakal mengangkat martabat negara dalam sukan permotoran khususnya motosikal. 

Kejayaan Qabil Irfan yang turut mencapai kejayaan cemerlang pada peringkat antarabangsa turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang menyaksikan pelumba motosikal berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan atlet-atlet pelumba

Qabil  Irfan Azlan bersama ibu bapa  mengangkat jari tanda terima kasih selepas menerima motosikal daripada Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Kredit Foto: Media MB Terengganu. - Foto ihsan FB ZK Racing 


Bukan sekadar menjengok aktiviti yang dilakukan oleh Qabil Irfan malah Kerajaan Negeri membuat  kejutan apabila menghadiahkan sebuah motosikal mini GP berjenama Ohvale kepada pelumba cilik Terengganu dan negara itu.

Menurut Ahmad Samsuri, pemberian itu adalah komitmen kerajaan negeri bagi menghargai anak Terengganu yang telah mencapai kejayaan cemerlang pada peringkat antarabangsa. 


Qabil Irfan ketika beraksi di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor


Kata Menteri Besar, motosikal itu akan dimanfaatkan oleh Qabil Irfan ketika latihan dalam meningkatkan lagi prestasi ke tahap tertinggi.

“Kejayaan ini juga merupakan inspirasi kepada anak-anak muda di Terengganu, jika kita mempunyai kehendak dan usia yang luar biasa, kejayaan pasti dapat dicapai,” katanya lagi.  

Ahmad Samsuri bersama rombongan pimpinan negeri itu mengambil peluang melawat tempat latihan Qabil Irfan di Litar Antarabangsa Sepang yang dikelola oleh ZK Racing Sdn Bhd pada 7 Februari 2023. 


Qabil Irfan ketika menerima hadiah motosikal hadiah daripada Kerajaan Negeri Terengganu


Qabil Irfan (kanan) meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga pada Perlumbaan Super Final Siri Dunia GP Mini FIM 2022 di Litar Ricardo Tormo, Valencia. - Kredit foto: Harian Metro


Untuk rekod, sebelum ini Qabil Irfan telah berjaya mencipta kejutan dengan menamatkan perlumbaan Super Final Kejuaraan Siri Dunia GP Mini FIM 2022 di Litar Ricardo Tormo, Valencia dengan menduduki tempat ketiga.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed.


Qabil Irfan bersama motosikal yang dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berharap agar Qabil Irfan akan menjadi pembuka jalan untuk kemajuan sukan permotoran di Malaysia secara amnya dan di negeri Terengganu khususnya.

“Kerajaan negeri berharap agar pelumba cilik ini dapat memberi fokus kepada sukan permotoran ini sehingga ke kemuncak iaitu MotoGP Dunia," katanya. - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri memeluk Qabil Irfan. - Foto ihsan FB ZK Racing

11
11
0
22
0
You will be interested