Walaupun beberapa insan seni tanah air pernah menjalani hukuman atas kesalahan dadah, namun penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman lebih dikenali sebagai Yasin Sulaiman, 49, menjadi insan seni tempatan pertama menjalani hukuman penjara seumur hidup dan sebatan atas kesalahan menanam dan memiliki dadah.
Yasin dibawa keluar dari mahkamah setelah dijatuhi hukuman di Mahkmah Tinggi Shah Alam. - Kredit foto: Bernama
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023, melepas dan membebaskan Yasin atas tiga kes dadah, namun mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh perkenan Sultan Selangor.
Tambahnya, keputusan sangat pelik. Dia tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai oleh Mahkamah Tinggi.
Suasana menjadi hiba di galeri awam mahkamah setelah mendengar keputusan hakim.
Namun bagi Yasin, hukuman itu bukan satu pengakhiran. Melalui peguamnya Ariff Azami Hussein, Yasin akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut pada Sabtu, 24 Ogos 2024..
Yasin mula menyanyi sejak 1995 dan mula dikenali apabila menjadi sebahagian anggota kumpulan nasyid kontemporari Brothers pada 1996 dan mencipta lagu popular Brothers, ‘Teman Sejati’.
Polis merampas pokok ganja yang ditanam di apartmen Yasin