Seni & Sukan 10 Jul, 2025

Video| Terbaiklah A Aida! Syukur Dharma dapat job! Berlakon dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Kehidupan dalam bidang seni penuh dengan liku dan tidak sentiasa cerah.  Terdapat sejumlah insan seni yang sudah ‘bersara’ atau kurang menyerlah dalam bidang seni tetap mampu hidup selesa dengan menceburi bidang lain terutama perniagaan.

Namun ramai insan seni yang hidupnya tidak menentu dan masih bergantung tawaran untuk mendapat ‘job’ hingga ke akhir hayat. Terdapat insan seni di depan atau belakang tabir yang terpaksa ‘merayu’ ‘job’ untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga.

Antara insan seni yang tidak segan untuk merayu ‘job’ ialah pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, yang mula dikenali melalui filem komedi romantik ‘Adik Manja’ 1980.



Derita hidup Dharma yang tidak mendapat ‘job’ sejak tiga tahun lalu tersiar dalam sejumlah media baru-baru ini menarik perhatian ramai termasuk rakan-rakan seni.

Beberapa rakan seni mula datang melawat Dharma, antaranya Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave. Elly Mazlein dan Roy Azman.

Dan pada Selasa, 8 Julai 2025, seorang lagi rakan seni mengunjungi Dharma di rumah sewanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dia adalah Datuk A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, yang kini usahawan berjaya dan pemilik rumah produksi A Aida Production. 

Dharma menyangka kedatangan A Aida hanya ziarah biasa rakan seni. Rupa-rupanya kunjungan A Aida bukan dengan tangan kosong. A Aida menyerahkan surat tawaran lakonan kepada Dharma.


A Aida menyerahkan surat tawaran lakonan kepada Dharma

A Aida yang bersimpati nasib yang menimpa Dharma yang sudah lama tidak mendapat ‘job’ bercadang membantu Dharma dengan kembali bergiat berlakon. 

Kebetulan syarikatnya A Aida Production sedang dalam proses pembikinan telefilem ‘Kisah Cinta Kau & Aku’. Dengan pelakon utamanya  Aniq Suhair dan Azeva Natassha. 

Satu watak yang sepatutnya dilakon oleh perempuan dirombak semula menjadikan watak itu dibawa seorang lelaki dan diserah kepada Dharma untuk membawanya.

Dalam kunjungan itu, A Aida berharap tawaran itu adalah permulaan bagi Dharma untuk kembali giat berlakon. A Aida berharap Dharma akan memberi lakonan terbaik kerana ia akan membuka mata produser dan pengarah-pengarah lain untuk mengambil Dharma berlakon.

A Aida juga tidak menjadi masalah untuk menawar Dharma berlakon dalam drama lain terbitan syarikatnya jika Dharma mampu membawa watak itu dengan baik.


Dharma (dua dari kiri) dan anak, Syafiq Dharma (kiri) terharu menerima kunjungan A Aida dan Azeva Natassha (kanan).


A Aida adalah antara insan seni ‘pemurah’ dengan suka memberi bantuan kepada insan seni bermasalah dan memberi ‘job’ kepada mereka. Namun A Aida akan menyenarai hitam insan seni yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan produksi. 

Pihak produser dan pengarah perlu  adil dalam mencari pelakon. Jika ada watak yang sesuai berilah peluang kepada mereka yang sudah tidak mendapat ‘job’ dan beri bayaran yang setimpal.

Anda tentu pernah menonton drama atau filem yang pelakonnya tidak sesuai dengan watak yang diberi. Wataknya orang tua tetapi diberi kepada pelakon muda yang dimekap menjadi orang tua hingga menjadi kelucuan.

Sedangkan masih banyak pelakon berusia yang sedang menantikan ‘job’ untuk hidup. - KitaReporters

11
6
0
13
0
You will be interested