Seni & Sukan 28 May, 2025

Terima kasih Taiping Sentral Mall! Anjur pameran Spektrum Bergaya! Ketengah karya seni anak tempatan!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

'Di Sebalik Yang Indah' sebuah karya Nasrul Hisham menggunakan akrilik.


Dalam usaha mempelbagaikan peluang, sebuah pusat beli belah, Taiping Sentral Mall telah mewujudkan sebuah galeri seni untuk membolehkan anak tempatan berkarya.

Justeru itu, satu pameran seni Spektrum Bergaya telah dilancarkan bagi mempamerkan karya tujuh pelukis tempatan di tingkat 1, One Art Gallery, Taiping Sentral Mall di Taiping, Perak.


Nasrul Hisham (tengah) bersama Ong Seng Guan (kiri) dan Ricky Yoong (kanan).


Antara tujuh pelukis tersebut ialah Nasrul Hisham Jamaludin, Goh Huei Guan, Chin Choong Kooi, Oh Chow Mooi, Mohamed Rafie Bharum, Chin Choon Yau dan Salahuddin Salleh.

Kesemua pelukis mempamerkan kepelbagaian seni abstrak kepada realisme, artistik, kreativiti dan ekspresi. Kebolehan mereka ialah melakar dengan menggunakan medium akrilik, cat air dan cat minyak pada kanvas dan kertas.

Gaya lakaran visul mereka itu mencerminkan karya seni kontemporari.


Mohamad Rafaei Bahrum (kanan) menunjukkan beberapa buah karyanya kepada Ong Seng Guan pada pameran Spektrum Bergaya.

Pelukis Rafie berkata, pemeran ini memberi peluang kepada artis untuk menyampaikan cerita dan rasa.

“Ini kali pertama saya mempamerkan karya abstrak di sini (Taiping Sentral Mall). 

"Pengurusan pusat beli belah ini memberikan peluang kepada pelukis untuk mempamerkan karya masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran pada 24 Mei 2024.

Majlis pelancaran pameran Spektrum Bergaya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan. 

Sehubungan itu, peminat seni visual -- baik jauh dan dekat -- boleh berkunjung ke galeri ini untuk melihat karya yang dipamerkan itu. - KitaReporters


Sebuah karya cat air karya pelukis wanita Oh Chow Mooi berjudul 'Ulu Chepor Resort' menjadi tarikan kerana pelukis mengetengahkan penggunaan buluh dan atap bagi menggambarkan keunikannya.

20
9
0
13
0
You will be interested