Seni & Sukan 27 Sep, 2025

Video| Dah muat turun Karya Reels? Erma bangunkan aplikasi digital! Sebab banyak karyanya disekat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, 57, menjadi antara karyawan terawal di negara ini yang mewujudkan aplikasi untuk menonton karya seni melalui telefon pintar.


Erma Fatimah rasa bebas berkarya dan menjadi pemilik mutlak karya seninya setelah mewujudkan Karya Reels


Aplikasi yang dinamakan Karya Reels dilancar pada  Selasa malam, 23 September 2025 di Aurum Theatre, The Exchange TRX,

Setakat ini, terdapat enam drama yang boleh ditonton melalui telefon pintar.

Drama-drama itu ialah ‘Marabbuka’, ‘Jangan’, ‘Pondan Ini’, ‘Ibu Aji’, ‘Pesan Dari Tuhan’ dan ‘Mertua Dari Neraka’.


Orang ramai boleh menonton mana-mana drama melalui telefon pintar dengan membayar RM10 setiap satu dan boleh ditonton pada bila-bila masa dan banyak kali dalam tempoh 2 hari atau 48 jam.

Setiap drama yang sudah disahkan pembayarannya sebanyak RM10  boleh ditonton selama 2 hari atau 48 jam berapa kalipun dan di mana jua.

Dan pelanggannya boleh datang dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan karya tanpa tapisan pihak berwajib.


Aplikasi digital yang dinamakan Karya Reels ini diwujudkan setelah Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali setelah berdepan pengalaman pahit apabila beberapa karyanya disekat daripada ditayangkan di saluran TV.

Aplikasi digital ini menjadi ruang eksklusif buat Erma untuk menyampaikan mesej dan cerita yang sebelum ini gagal menemui penonton kerana sekatan kandungan.

Antara drama yang diharam ditayang di TV kini boleh ditonton melalui Karya Reels.

Dengan memiliki aplikasi digital, Erma dapat memiliki hak karyanya sendiri. Selama ini, setiap drama yang tersiar di TV akan menjadi hak siaran stesen TV yang menyiarkannya.

Menurut Erma menyebarkan kisah sebenar kepada orang ramai dalam naskahnya serta memperjuang hak untuk memiliki dan mengawal isi kandungan karya sendiri adalah matlamatnya kini.

"Perjuangan pertama saya adalah saya nak rasa memiliki karya saya sendiri. Kedua, tentu banyak benda saya nak buat, tapi tak dapat," katanya.


Menurut Erma, walaupun platform aplikasi itu memberikan kebebasan lebih luas kepada pengkarya, namun dia tetap menghormati garis panduan kandungan seperti yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Tambahnya setiap karya yang diterbitkan tetap berpaksikan etika stesen televisyen.

Kalau pun ada pelanggaran, ia sedikit sahaja, contohnya drama ‘Pondan Ini’ tidak boleh ditayangkan dalam televisyen tetapi Erma percaya mesejnya tetap sampai.

Sebahagian rakan artis yang hadir pada majlis pelancaran Karya Reels


Selama berkarya Erma mengalami pengalaman beberapa dramanya ‘diharam’ tayangan di TV dan ia menjejas kewangan syarikat.

Dan antara drama yang diharam itu ialah ‘‘Marabbuka’ dan ‘Jangan’ dan kini ditayang di Karya Reels.
Erma tetap berterima kasih kepada stesen-stesen TV yang telah banyak menyiarkan karya-karyanya terutama melalui syarikatnya Rumah Karya Citra Sdn Bhd yang ditubuh sejak tahun 2000, tetapi kini mahu lebih bebas berkarya tanpa sekatan melalui Karya Reels. 

Erma turut memberi peluang kepada karyawan seni yang ingin memasarkan karya mereka melalui Karya Reels.

Erma berpendapat karya yang disiar melalui Karya Reels mampu mendatangkan keuntungan selesa kerana pelanggannya tersebar luas di seluruh dunia. - KitaReporters

15
10
0
11
0
You will be interested