Seni & Sukan 02 May, 2024

Video| Firetalk by Nourul! Komited bantu pembangunan diri peserta seminar Bicara Hangat! 2 Jun 2024!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Susulan sambutan memberangsangkan terhadap program ‘Bicara Hangat’ atau ‘Firetalk by Nourul’ yang diadakah pada November tahun lalu (2023), penyanyi yang kini terkenal sebagai jurulatih kesihatan atau penceramah motivasi, Nourul Depp bakal kembali sekali lagi dengan ‘Firetalk 2024’.

Dijangka diadakan pada 2 Jun 2024, program seminar pembangunan diri kali kedua ini memberi lebih fokus kepada pembinaan potensi dan bakat diri, dengan menyuntik motivasi menerusi cara mengatasi pelbagai cabaran hidup semasa, kesan akibat trauma dan isu yang berkaitan dengan kesihatan mental. 

Ia bakal berlangsung di di Hotel Concorde, Kuala Lumpur bermula 9 pagi sehingga 7 malam. 



“Kami berharap program ini dapat mencapai lebih ramai peserta yang mana mereka dapat mempelajari beberapa teknik yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dan membuat perubahan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan,” ujar Nourul sewaktu dihubungi di mana beliau kini menetap bersama keluarga di Bali, Indonesia.

Menurut Nourul, 46, pihaknya amat komited meneruskan misi ini untuk membantu sesiapa sahaja agar individu-individu ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik melalui pembangunan peribadi.

Tahun lalu (2023), program ‘Firetalk by Nourul’ mendapat sokongan lebih kurang 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dan bangsa, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

“Ramai antara para peserta telah melalui satu transformasi dan peningkatan diri yang hebat dan positif. Jadi melihat pada sokongan padu yang diberikan saya amat berbesar hati untuk meneruskan agenda seumpama atas permintaan ramai,” tambah pemilik bernama penuh, Noorulhuda Abdul Wahab ini. 

Berkongsi lanjut, plantun lagu ‘Kerana Terluka’ ini sudah tentu tidak mahu peminat mahu pun mereka yang mengalaman masalah kemurungan dan seumpamanya terus terluka tanpa sebarang rawatan rohani dan jasmani.

Menurutnya, beliau telah lama memerhati yang ramai dalam kalangan umum sedang bergelut dengan kesukaran menjaga sikap positif dalam kehidupan harian mereka, bahkan beliau percaya bahawa kesihatan mental adalah permulaan untuk segala aspek dalam kehidupan. 



Mengambil inspirasi daripada jurulatih kehidupan (life coach) terkenal Tony Robbins, Nourul telah memulakan perjalanannya yang baharu untuk menjalani latihan sebagai seorang jurulatih kehidupan. 

Beliau sedang menjalani sesi latihan untuk mendapat kelayakan tersebut di Robbins-Madanes Training di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Dengan pengalaman yang dibina, Nourul benar-benar teruja untuk bertemu dengan para peserta Firetalk kali ini dalam skala yang lebih besar. 

“Ini bukan hanya program sekali sahaja tetapi ia telah menjadi satu acara tahunan dengan perisian silibus yang komprehensif dalam memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi,” sambungnya.

Seperti tahun lalu (2023), Nourul tidak akan mengakhiri program bicara hangatnya dengan ‘Assalamualaikum dan Waalaikumsalam‘ sahaja bahkan sebagai seorang penyanyi beliau mahu menutup bicara hangatnya meraikan peserta dengan persembahan nyanyian selama 45 minit pada akhir program. 

Sudah tentu hanya di ‘Firetalk by Nourul Depp’ sahaja seseorang peserta dapat menikmati program 'serampang dua mata' atau bak kata peribahasa ‘sambil menyelam minum air’ waima selain mendapat ilmu dapat pula berhibur dan menghilangkan seketika rasa stres dialami kan?



Jadi, jika anda berada dalam golongan yang memerlukan bantuan dan mahu mendengar apa nasihat daripada Nourul apa kata tempah tiket awal pada harga pilihan hati iaitu RM594/orang (pakej VIP, termasuk makan tengah hari bersama Nourul), RM378/orang (pakej gold) dan RM270/orang (pakej silver). Harga tiket termasuk 8% SST.

Tempahan boleh didapati dengan menghubungi Ina Mohd melalui talian +6017-9353909 atau secara online di Firetalk by Nourul Depp 2024 (onpay.my). - KitaReporters

11
14
0
14
0
You will be interested