Kanak-kanak seharusnya menjalankan kehidupan sesuai dengan usianya dengan belajar dan bermain. Bagi mencari rezeki perlu dilaku oleh orang tua.
Namun masih terdapat kanak-kanak yang tidak menikmati kehidupan alam kanak-kanak yang sempurna, sebaliknya perlu mencari rezeki untuk keluarga.
Contohnya situasi yang terjadi di daerah Plaju, Palembang, Sumatera Selatan. Kanak-kanak bernama Muhammad Rizky Aditya, dipanggil Iki.
Dalam usia baru 11 tahun, Iki terpaksa menjadi ‘ketua keluarga’ dengan berjualan kerepek milik jiran bagi menampung kehidupan dia sekeluarga iaitu tiga adik beradik, Aysilla, 5; Dani, 3; dan Khalfi, 2; dan neneknya, Saadah.
Selain makan minum sekeluarga, Iki juga perlu membayar sewa rumah sebanyak Rp400 ribu (kira-kira RM130) sebulan.
Iki mula mendapat perhatian ramai setelah kisah, video dan fotonya tersiar dalam laman sosial. - Kredit foto: PromoPalembang
Bagi mendapat rezeki daripada komisen jualan kerepek, Iki terpaksa berjalan sekurang-kurangnya 4 kilometer. Kerja setiap hari itu membuat dirinya ada hari ponteng sekolah atau datang lewat.
Kehidupan keluarga berantakan selepas ibunya mengalami sakit hati dan jantung sejak 2022 hingga menyebabkan si ayah meninggalkan keluarga tanpa dapat dikesan.
Sejak itu Iki mengambil alih tugas ‘penjaga keluarga’ dengan menjadi pencari rezeki dengan menjadi penjual (penjaja) keliling. Lebih memilukan, emak Iki meninggal pada 14 Januari 2024.
Kisah hiba Iki mula menjadi perhatian ramai setelah dimuat naik beserta video dan foto dalam Instagram@promopalembang.
Setelah kisah kesusahan hidup Iki menjadi perhatian, ramai membuat sebuah yayasan amal di Palembang bagi menghulurkan sumbangan.