Seni & Sukan 15 Jun, 2021

Berita Terkini| Langgar SOP PKPD! Beroperasi lebih masa! 3 kilang di Gebeng dikompaun RM34k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan berikutan lebih 52 pekerja di kawasan itu positif Covid-19.


TIGA buah kilang dikompaun sebanyak RM34,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Kompuan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Majlis Bandaraya Kuantan dalam satu operasi bersepadu pada Isnin malam, 14 Jun 2021.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan) Datuk Razihan Azaruddin berkata, sebanyak lima kilang di kawasan yang dikenakan PKPD sejak 8 Jun sehingga 21 Jun 2021 ini.

"Hasil pemeriksaan itu mendapati tiga kilang melakukan pelanggaran dan setiap satu daripada kilang terbabit akan dikenakan kompaun sebanyak RM11,500.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah beroperasi melebihi masa dan terdapat pelanggaran terhadap akta buruh apabila terdapat seorang pekerja yang kita dapati telah bekerja lebih 12 jam," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Selasa, 15 Jun 2021.

Operasi selama 4 jam itu disertai 12 agensi penguat kuasa antaranya Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Tenaga Kerja, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MBK. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


ANTARA kilang di kawasan perindustrian Gebeng yang melakukan pelanggaran SOP dan dikenakan kompaun sebanyak RM11,500. Kredit Sinar Harian

 

0
0
0
0
0
You will be interested