Seni & Sukan 26 May, 2025

Video| Tarikh cantik 25-5-25! Qi Razali-Wardah dan Mas Khan-Anatasha pilih untuk berkahwin! Tahniah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Dua insan seni tanah air pelakon Qi Razali, 48, dan pelakon Mas Khan, 31, memilih tarikh cantik Ahad, 25-5-25 (25 Mei 2025) sebagai Raja Sehari.

Pastinya tarikh tersebut diharapkan akan memberi rahmat baik kepada keempat-empat pasangan yang berkahwin pada hari tersebut.


Cinta di lokasi pertemukan Qi Razali dan Wardah sebagai suami isteri.

Qi yang merupakan pelakon utama filem ‘Babah’ dan vokalis utama kumpulan The ExAct, memilih  jurusolek Wardah Hayati Mahbob, 30. 

Kedua-duanya disatukan di lokasi eksklusif Bagas Zakariah di Gopeng, Perak dengan dihadiri sekitar 150 jemputan.

Qi yang juga bekas pemain drum Kumpulan OAG, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101 kepada isterinya, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.



Percintaan bermula di lokasi sebuah drama di mana Wardah menjadi jurusolek dan Qi adalah salah seorang pelakonnya.

Pasangan ini bertunang selama setahun iaitu pada bulan Syawal 2024 dan Qi pernah memberitahu media dia akan berumah tangga pada Mei 2025.

Qi yang lahir pada 8 Ogos 1977, selain berlakon dan bekas pemain drum kumpulan OAG juga menjadi hos program TV dengan yang paling popular ‘Destinasi Bajet’.

Gambar-gambar dan video majlis perkahwinan ini turut dimuat Qi dalam Instagramnya. Personaliti TV3, Fedtri Yahya menjadi hos bagi majlis perkahwinan ini.



Fedtri Yahya (tengah) bersama pengantin

Sementara itu pelakon Mas Khan, 31, menjadi suami kepada wanita pilihannya, Anatasha Atikah Diana Abdul Aziz dengan sekali lafaz.

Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, bersyukur dan gembira serta mengalirkan air mata setelah sah menjadi suami. 

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Abd Mutalib.

Mas Khan menyerahkan mas berkahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran dan seutas gelang emas kepada Anatasha.





Majlis pernikahan yang berlangsung di Gombak, Selangor itu dihadiri ahli keluarga serta teman rapat. Mas Khan turut memuatkan beberapa foto dan video majlis akadnya dalam Instagramnya.

Majlis resepsi diada di lokasi sama pada sebelah petang. Majlis pihak lelaki dijangka akan diadakan pada 14 Jun 2025 nanti di Genting Highlands, Pahang. - KitaReporters

Mas Khan bersama ibu bapa mertua


11
13
0
10
0
You will be interested