Seni & Sukan 27 May, 2025

Video| Filem Ejen Ali 2 atasi abangnya? Kumpul RM15.3j, 4 hari tayangan! Bolehkah lawan Mechamato?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Filem animasi ‘Ejen Ali The Movie 2’: Satria Bangkit’ (EATM2) dijangka mengatasi kutipan ‘Ejen Ali The Movie: Misi Neo’ (EATM) selepas sebulan ditayang di pawagam.

Filem EATM yang diterbit pada 2015 mendapat kutipan  RM30.05 juta dan menerima anugerah filem box-office (pecah panggung) 2015 pada Festival Filem Malaysia ke-31.

EATM juga adalah filem animasi tempatan kedua paling laris setakat ini. Tempat pertama masih dipegang filem animasi ‘Mechamato The Movie’ dengan kutipan RM35.87 juta.



Namun berdasarkan sambutan hebat EATM2 yang baru 4 hari tayangan membayangkan ia dapat mengalahkan ‘abangnya’. Baru 4 hari tayangan iaitu sejak tayangan awal pada 22 Mei 2025, EATM2 berjaya mendapat kutipan RM15.3 juta.

Apa yang menarik EATM2 turut ditonton oleh golongan dewasa dan kebanyakannya memberi pujian terhadap filem animasi ini yang setanding dengan filem animasi asing.

Strategi pemasaran EATM2 menjadi dengan mula ditayang sebelum cuti persekolahan bermula. Dan jumlah tontonan dari kalangan kanak-kanak akan meningkat drastik.

Sasaran utama penonton adalah golongan kanak-kanak sekolah yang akan ditemani ibu bapa atau golongan saudara. Ia merupakan strategi pemasaran yang bagus.

Jika dapat mengatasi kutipan EATM, berapa jutakah kutipan diterima EATM2?


Golongan kanak-kanak dan golongan dewasa teruja menonton EATM2. - Kredit foto: IG Primeworks Studio

Memang hampir mustahil EATM2 akan mengatasi filem ‘Mat Kilau: Satu Kebangkitan’ dan ‘Blood Brothers: Bara Jiwa’.

Namun tidak mustahil EATM2 untuk mengatasi kutipan ‘Mechamato The Movie’ bagi menjadi filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi. 

EATM2 diarah oleh Usamah Zaid Yasin dan terbitan bersama WAU Animation dan Primeworks Studios. Dan syarikat induknya  Media Prima memberi publisiti meluas dalam media cetak dan media radio dan TV miliknya. - KitaReporters




13
15
0
10
0
You will be interested