Seni & Sukan 09 Jun, 2021

Berita Terkini| Ingkar SOP: Tajuddin dikompaun RM1,500! Tak pakai pelitup semasa sidang media!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

DENDA RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas Jabatan Peguam Negara membuat keputusan.


BEKAS Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka, sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan itu dilakukan Tajuddin semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2021 lalu.

"Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Tajuddin telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada Selasa dengan keputusan kompaun sebanyak RM1,500.

“Surat kompaun itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 9 Jun 2021.

Justeru Mohamad Zainal menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular dalam media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MELAWAT lokasi kejadian LRT Bertembung bagi mendapat maklumat sebenar ketika menjawat jawatan pengerusi Prasarana.Bernama. 

0
0
0
0
0
You will be interested