Seni & Sukan 22 Nov, 2021

Video| Naim Daniel masukkan 'roh' dalam lagu? 10 lagu layak ke separuh akhir Muzik Muzik 36!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


“SETIAP lagu yang saya hasilkan akan saya letakkan sedikit  roh-roh peribadi ke dalamnya,” begitu ungkapan ringkas pelantun lagu ‘Sumpah’ yang dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 (AJL34), Naim Daniel apabila sekali lagi berjaya membawa lagu ‘Purnama’ ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik (MM) edisi ke-36 (MM36).

Naim berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan secara maya  dihoskan oleh pengacara Alif Satar (gambar bawah, kanan)  dan Sissy Imann (kiri) pada 21 November 2021 sebaik sahaja diumumkan ‘Purnama’ tersenarai antara 10 lagu pertama Muzik Muzik 36 yang berjaya mara ke separuh akhir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Muzik Muzik


“Itulah perancangan saya untuk menyampaikan yang terbaik pada pentas separuh akhir Muzik Muzik kelak,” tambah pemilik bernama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin ini berhubung ungkapan 'roh' yang disebutkan.

Menurut Naim setiap lagu yang dihasilkannya beliau menganggap ia sebagai ‘anak-anaknya’.

“Saya perlu jaga dan membelainya dengan harapan ia mampu memberikan satu ikatan yang dapat berhubung dengan kehendak halwa telinga pendengar,” jelas Naim diiringi ketawa panjang membayangkan sifatnya itu.



Tambahnya, menang atau kalah pada setiap pertandingan adalah lumrah namun tetap rasa bahagia apabila lagu-lagunya diterima dan mendapat sambutan hangat pendengar,

“Tipulah kalau setiap pengkarya itu tidak impikan kemenangan tetapi itu adalah rezeki masing-masing dan kita perlu reda asalkan lagu tersebut masih diterima masyarakat,” jelas Naim yang menafikan rasa kecewa apabila lagunya ‘Sembah’ gagal ke pentas final Muzik Muzik ke-35 tahun lalu (2020).

Dengan kejayaan ‘Purnama’ ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-36 Naim akan bersaing bersama rakan seperjuangannya, Haqiem Rusli melalui lagu ‘Mimpi’ serta Hael Husaini dengan lagu ‘Bujang’.

Empat lagi bakat  muda yang berjaya terdiri daripada Yonnyboi dengan lagunya, ‘Salahku’, ‘Penat’ dari Andi Bernadee dan Azzam Sham, ‘Cinta Jangan Pergi’ serta Usop dengan lagu ‘Lenyap’.

Selain itu, tiga lagi  lagu yang turut diumumkan layak ke pentas separuh akhir Muzik Muzik 36 meliputi lagu dari penyanyi otai, Datuk Awie, ‘Coretan Pilu’ serta kumpulan finalis AJL35, Floor 88 bersama lagu ‘Chikadun’.

Dan akhir sekali  pasangan yang pertama kali digabungkan, juara Gegar Vaganza musim ke-6, Naqiu Boboy dan Naib Juara The Masked Singer Malaysia 2020, Vanessa Reynauld, berjaya buat pertama kalinya juga pada pentas Muzik Muzik 36 Separuh Akhir.



“Saya sangat bersyukur dan anggap ini merupakan hadiah hari jadi saya setelah selama 20 tahun dalam industri saya pernah mimpikan untuk ke pentas Muzik Muzik,” ujar Naqiu yang juga mengakui lagu ‘Rindu Separuh Nyawa’  adalah lagu istimewa memandangkan ia merupakan lagu pertama duetnya dan pertama kali juga masuk Muzik Muzik.

Naqiu menyambut hari jadinya yang ke-34 pada hari ini, 22 November 2021.

Sementara itu, rakan duetnya Vanessa, 21, turut melahiran rasa gembira lagu yang mereka impikan untuk masuk pentas Muzik Muzik akhirnya berjaya,

“Sudah tentu ini satu kejayaan bagi saya apabila bakat saya dinampak oleh orang ramai walaupun sebelum ini saya pernah rasa ‘down’,” ujar Vanessa yang memulakan kerjaya muziknya sejak berusia 15 tahun dengan menyertai Ceria Popstar 3 di mana beliau berjaya menduduki tempat keempat.

Tahniah kepada semua dan dalam pada itu, jangan ketinggalan pengumuman 20 buah lagi lagu yang layak ke pentas separuh akhir pada episod seterusnya iaitu 28 November dan 5 Disember nanti. 

Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir dijangka berlangsung pada 31 Disember 2021 nanti. - KitaReporters


10
16
0
4
0
You will be interested