Subjek Matematik atau Matematik Tambahan pasti menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah pelajar ketika di bangku sekolah apabila perlu belajar pelbagai formula. Matematik biasa pun sudah pening apatah lagi jika ambil matematik tambahan. Tengok soalan saja dah rasa nak 'give up', belum belajar dan kira-kira lagi. Lagilah mental! : KitaReporters
Kadangkala buat pelbagai jalan kira ketika peperiksaan untuk dapatkan jawapan tapi sayang seribu kali sayang, markah tetap sama, rendah juga!!!
Itu dulu, sekarang boleh dikatakan sudah ada pelbagai formula untuk selesaikan pelbagai soalan matematik itu.
Kredit Twitter Fathi Hussein
Satu video yang dimuat naik oleh Fathi Hussein dalam akaun Twitter beliau menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan soalan matematik semudah ABC!!
Dah tengok? Macam mana, senangkan nak selesaikan soalan itu.
Cara Fathi ajar menyelesaikan satu persatu soalan itu, wow, 'amazing' bak kata orang putih.
Dahlah rupa paras kacak, kalau macam ini punya cikgu pasti setiap kali kelas Matematik tak ada orang ponteng terutama gegadis!!!
Tak cukup dengan itu, beliau ada jawab satu kuiz matematik dalam Instagram.
Mak aiii, awat engkau jawab copek sangat jang!! Eden nak buek jalan kira, engkau dah dopet jawapan.
Apa macam guyss, power tak!!!
"Filter? Bukan filter penentu kepandaian, inginan untuk mengatasi kelemahan, itu kejayaan!" tegas Fathi.
Bagi yang telah tamat zaman belajar atau tidak lagi berpeluang untuk belajar subjek ini, pasti akan merindui dan terasa seperti mahu ulang kembali detik itu.
Ye la, kalau dah ada formula semudah ini, pasti ramai tak akan gagal subjek matematik tambahan.
Yang mana pernah ambil matematik tambahan itu tau la macam mana rasanya!!
Video itu telah ditonton lebih 350,000 tontonan dan telah diulang ciap lebih 15,000. - KitaReporters