Seni & Sukan 19 Jun, 2022

Liga Super 2022: Apa kono jang? Penyokong Negeri Sembilan naik angin! Pemain import baharu barai!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

K Devan memberi arahan kepada import baharu NSFC, Gustavo pada perlawanan menentang Melaka.


KEPUTUSAN seri 0-0 dengan Melaka United pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, pada Sabtu, 17 Jun, 2022, mencetuskan rasa marah penyokong terhadap pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) kerana kecewa dengan persembahan pasukan itu terutama dua import baharu mereka, Yashir Pinto dan Gustavo Almelda Dos Santos. 

Tinjauan ke laman Facebook Kelab Penyokong Setia Negeri Sembilan (Bolasepak) mendapati penyokong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi kedua-dua pemain itu, sekali gus mempertikaikan pengurusan NSFC yang dianggap bersikap tangkap muat dalam pemilihan pemain import.

Rata-rata penyokong merasakan kehadiran Pinto dari Palestin dan Gustavo Dos Santos (Brazil) bagi menggantikan dua pemain import, Kossi Adetu dan David Mawutor tidak membawa sebarang perubahan kepada pasukan yang terus kemarau gol dalam tiga perlawanan berturut-turut.


Lagi


Kemampuan Yashir Pinto diragui penyokong NSFC walaupun dia pernah mewakili beberapa kelab di Malaysia. - Kredit foto: NSFC


“Mano la dapek import yang barai ni? Tukar import pun sama je, xde scouting yang tengok ke?” tulis seorang penyokong, Samad Nordin melalui laman Facebook berkenaan. 

Status dimuat naik Samad itu mendapat maklum balas daripada ramai penyokong yang ternyata setuju dengan pandangannya.

Alo Syahrul menyambut hantaran Samad itu dengan komen berikut: “Klu kossi adetu tgk smlm dio akan koba samo yo bungko dengan den…

Shah Rizal pula menulis: “Apo kono eh jang…Mano la kau kutip import tu..org sepak ke bwh...ni sepaknya ke langit.”

Sementara itu Tajul Joe Branko pula turut mempertikaikan pemilihan pemain import oleh NSFC yang langsung tidak memberi impak kepada pasukan.

“Eden boto boto kecewo dengan pengurusan NSFC... Ontahla mcm mano dipilih pemain import, hampeh, tak menureh langsung x dapek nk tambah kekuatan team, kalo camni la level pemain import yang NSFC amik, x jadi apo la. 

“Bagus la amik pemain tempatan, bayar dio gaji yang macam mano NSFC bayar gaji import, laei pueh hati la. Kalo camni la gaya permainan import NSFC, memang x do semangat den nak poei tgk NSFC main kek stadium...Boto raso tak berbaloi tiket yang kita boli,” luahnya.


Gustavo gagal menyerlah pada perlawanan pertama bersama NSFC menentang Melaka yang berkesudahan seri tanpa jaringan. -Kredit foto: NSFC


Mohamad Sukri Hasan pula menganggap aksi penyerang import NSFC dalam perlawanan itu ibarat orang bermain sukaneka bagi menggambarkan ketumpulan mereka di depan pintu gol. 

“Terkonang zaman dlu2 sukaneka kek felda, ado buek main bola tutup mato... camtu la xnmpak gol berong2 sepak eh.. ramai org suko tegolak2,” tulisnya. 

“Tigo game berturut-turut kumpow gol,” tulis Mohd Khairul A Malek pula bagi mengambarkan ketumpulan jentera serangan NSFC sejak tiga perlawanan kebelakangan ini.

Untuk rekod, Negeri Sembilan kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim pada 11 Mei, 2022, seri 0-0 dengan Kedah (17 Mei, 2022) sebelum turut buntu jaringan dalam pertemuan dengan Melaka pada Sabtu, 17 Jun, 2022.

Ketumpulan penyerang import itu memaksa NSFC membawa masuk import baharu pada jendela perpindahan yang dibuka sejak 28 Mei, 2022 lalu namun ternyata ia belum dapat mengatasi kelemahan itu.


Kesebelasan utama NSFC yang diturunkan dalam perlawanan menentang Melaka. - Kredit foto: NSFC 


Begitu pun, beberapa orang penyokong masih bersikap positif serta yakin Pinto dan Gustavo akan menyerlah dalam beberapa perlawanan akan datang sambil meminta penyokong memberi kedua-dua pemain itu peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.

Izkandar Ieyda menulis: “Den nengok game ok jee...just takde luck, ade jgk percubaan, bkn lgsg takdo...relex2 jang, tguu 2,3 game lg nengok cm mno...”

“Kot tak lotak import nt kono kocam jgk dgn peminat...klu player local kito mcm player PJ City takpo la,” kata Azwan Ismail sebagai mengulas rasa tidak puas hati penyokong.

“Relax Jang, kono saba sikit, bolum dapek rontak lai..import baru ni ok lah sikit...” pinta Azizan Rajeb.

Aymie Amie pula meminta penyokong melupakan perlawanan yang sudah berlalu sebaliknya memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya terutama menentang Sri Pahang FC pada Sabtu, 25 Jun, 2022 ini.

“Ok jang lupo kan perlawanan yang dah sudah biar lah pihak2 berwajib perbetul kan kesilapan 2 yang diorg dah buat...hari Sabtu 25hb ni jangan lupo...Kito ramai2 turun Paroi...lawan sri Pahang....pahlawan2 Kito tagih kan Sokongan Kito...ayuh kalian yang setia...tunjuk kan kesetiaan mu...kehadiran tak wajib dan tak di paksa...tapi berharap dapat lah sama2 kita meriah kan Paroi demi nogori...,” tulis Aymie.


K Devan kecewa dengan kegagalan NSFC menjaringkan gol walaupun menguasai perlawanan. -Kredit foto: NSFC


Selain Pinto dan Gustavo, NSFC diperkuatkan oleh tiga pemain import yang terdiri daripada Herold Goulon, Mattheus Alves dan Amid Nazari.

Sementara itu, jurulatih NSFC, K Devan ternyata kecewa dengan keputusan seri 0-0 semasa menentang Melaka United itu selepas pemainnya gagal menyempurnakan deretan peluang meskipun menguasai perlawanan.

NSFC kini menduduki tangga ke-3 Liga Super dengan 16 mata hasil empat kemenangan, empat seri dan satu kekalahan selepas mengharungi sembilan perlawanan. - KitaReporters


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

17
12
0
11
0
You will be interested