Seni & Sukan 21 Apr, 2021

Berita Terkini| 83 kluster libatkan sektor pendidikan! 4,868 positif sejak Januari hingga kini

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

JUMLAH kluster tersebut direkod bermula1 Januari sehingga Selasa, 20 April 2021. - Kredit foto: Sinar Harian.


SEBANYAK 83 kluster Covid-19 dengan 4,868 kes positif Covid-19 dicatatkan melibatkan sektor pendidikan seluruh negara sejak 1 Januari sehingga Selasa, 20 April 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada 83 kluster tersebut sebanyak 49 kluster dengan 2,617 kes yang masih aktif.

“Daripada jumlah kluster tersebut juga, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan subkategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Sebanyak 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan subkategori Pendidikan Tinggi dan 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan subkategori pendidikan lain.” katanya di Putrajaya pada Rabu, 21 April 2021.

Bagaimanapun jelas beliau sebanyak 34 kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

"KKM menyambut baik komitmen semua sektor pendidikan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan latihan secara berterusan dalam keadaan yang selamat," katanya.

Sehubungan itu, Dr Adham berkata, KKM mengingatkan semua pihak sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan Covid-19.

Tegas beliau, nasihat umum KKM perlu sentiasa diamalkan sebelum, semasa, dan selepas waktu pembelajaran atau latihan," katanya. - KitaReporters


DARIPADA  83 kluster tersebut sebanyak 49 kluster dengan 2,617 kes yang  masih aktif. - Kredit foto: Utusan Malaysia. 

0
0
0
0
0
You will be interested