Seni & Sukan 02 Apr, 2021

Berita Terkini| Rasuah RM16,000! Pegawai tentera pangkat Leftenan Kolonel, kontraktor direman

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PERINTAH reman selama seminggu bermula  2 April 2021 itu dikeluarkan Majisterit Nur Faizah Abdul Sani. - Kredit foto: Malaysia Gazette


SEORANG pegawai kanan tentera darat berpangkat Leftenan Kolonel dan seorang kontraktor direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM16,000 melibatkan kerja membaik pulih sebuah kem di Selangor, dua tahun lalu.

Perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 April 2021 itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani terhadap kedua-dua suspek berkenaan.

Terdahulu, suspek yang masing-masing berusia 47 dan 50 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam jam 10 pagi tadi, memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan diiringi pegawai penguat kuasa agensi itu.

Memetik laporan Kosmo, kedua-dua suspek ditahan oleh SPRM Selangor selepas hadir di pejabat agensi itu, jam 4.30 petang Khamis, 1 April 2021.

Pegawai kanan tentera itu dipercayai merupakan antara pegawai tertinggi di kem tersebut yang meluluskan projek-projek pembaikpulihan melibatkan kem berkenaan.

Siasatan awal SPRM Selangor mendapati suspek membantu kontraktor itu mendapat projek-projek di kem berkenaan.

Pegawai tentera itu kemudiannya meminta dan menerima suapan berjumlah RM16,000 daripada syarikat-syarikat kontraktor dengan bantuan kontraktor berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested