Seni & Sukan 11 Apr, 2020

SYABAS IKRAM! 3 JAM UNTUK CIPTA LAGU CORONA

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this
PELAJAR semester empat program Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Ikram Mohd Tamrin, 22, mengambil masa tiga jam untuk mengubah lirik dan muzik lagu bertajuk Coronavirus dalam bilik penginapannya di Inapan Siswa (Inasis) Tradewinds universiti itu. : KitaReporters 



Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini mencipta muzik terlebih dahulu sebelum menulis lirik yang mengisahkan wabak penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19). 

Katanya, idea untuk mencipta muzik dan lirik ini diperolehi selepas mengikuti perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Saya mendapat ilham mencipta lirik lagu ini selepas Majlis Keselamatan Negara mengarahkan rakyat terus duduk di rumah dan mematuhi PKP bagi memutuskan penularan wabak Koronovirus." katanya ketika ditemui.

Ikram menambah hasil daripada itu, dia terus menulis lirik antaranya: 

"duduk di rumah, jangan ke mana-mana dan jangan keras kepala nanti corona masuk ke dalam rongga-rongga".



Siswa, yang memiliki alat muzik sendiri di dalam biliknya hasil duit yang terkumpul sepanjang pengajiannya, bercita-cita untuk menjadi pemuzik tanah air sekiranya mendapat sokongan daripada mana-mana pihak. 

Ikram sebelum ini telah menghasilkan banyak muzik ciptaannya tetapi semuanya disimpan.

Namun, penghasilan muzik dan lirik kali ini ingin dikongsi bersama rakan-rakan mahasiswa yang lain ketika berada di kampus bagi mematuhi PKP yang diarahkan oleh kerajaan. - KitaReporters

9
0
0
0
0
You will be interested