Seni & Sukan 03 Jun, 2021

Berita Terkini| Peniaga ayam bakar didakwa sogok polis RM120k! Bagi lepaskan rakan miliki syabu

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

MOHD. Nizam Mohamed Lazim dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas pertuduhan bersubahat memberikan wang suapan RM120,000  kepada pegawai polis. - Kredit foto: Utusan Malaysia


SEORANG peniaga ayam bakar didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis, 3 Jun 2021 atas pertuduhan bersubahat bersama rakannya untuk memberi wang suapan berjumlah RM120,000 kepada seorang pegawai kanan polis pada Mei 2021.

Tertuduh, Mohd Nizam Mohamed Lazim, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, pada 24 Mei 2021, di Petron Persiaran Mahogani, Pusat Servis J&H, Jalan Mahogani, Petaling Jaya, bapa kepada dua cahaya mata itu didakwa bersubahat dengan rakannya, Abd Aziz Abdullah @ Shariff, 39, memberi wang suapan berjumlah RM120,000 kepada seorang pegawai kanan polis.

Memetik laporan Malaysia Gazette penjawat awam itu merupakan penolong penguasa polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Abd Aziz kerana memiliki dadah jenis syabu.

Kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan tawaran rasuah itu, Mohd Nizam didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan dibaca bersama Seksyen 28 (1)(c) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab memohon jaminan RM100,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap awal bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan serta tarikh sebutan semula kes pada 12 Julai depan.  - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
1
0
1
3
You will be interested