Seni & Sukan 29 May, 2021

Aina Abdul, Alena Murang sampaikan lagu Disney! Sempena countdown pelancaran Disney+ Hotstar

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SEMPENA pelancaran platform penstriman (streaming) khusus untuk rancangan global, Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021 ini oleh penyedia kandungan terbesar di Malaysia, Primeworks Studios, peminat hiburan dijemput mengira saat pelancaran perkhidmatan streaming itu bersama penyanyi Aina Abdul (kiri) dan pemuzik sape, Alena Murang (kanan) yang akan menyampaikan beberapa buah lagu Disney popular.

Bakal disiarkan secara langsung pada 31 Mei 2020 dari halaman Facebook Disney+ Hotstar Malaysia melalui laman https://www,facebook.com/DisneyPlusHotstarMY bermula jam 8 malam, penonton tidak hanya akan menikmati persembahan secara langsung dari rumah malah berpeluang memenangi hadiah eksklusif Disney+ Hotstar.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-35 , pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani itu akan menyanyikan lagu "Let it Go" dari Frozen dan "Speechless" dari Aladdin manakala Alena Murang akan membawa sentuhan eklektik pada lagu "Reflection" dari Mulan dan "How Far I’ll Go" dari Moana yang akan diiringi alat muzik tradisional Sape.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Disney


Disney+ Hotstar yang akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021 membawa lebih 800 filem dan 18,000 episod, termasuk filem dan siri Marvel, Star Wars, National Geographic, FX. 20th Century Studios, Disney+ Originals dan filem dan siri popular drama Malaysia dan Asia. 

Sebagai permulaan, filem aksi lakonan Zul Ariffin,  ‘J2: J Retribusi’, ‘WiFi Di Sebelah Rumah’, ’Semanis Senyumanmu’, ‘Single Terlalu Lama’ dan ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’ merupakan  antara filem dan drama siri hebat yang diumumkan tayangannya pada sidang media  'Sembang Bersama Disney+ Hotstar dengan pengacara Nazrudin Rahman (gambar bawah, kanan) bersama media baru-baru ini.

“Kami akan terus memastikan perkembangan komuniti kreatif Malaysia dan menantikan kolaborasi seterusnya bersama Primeworks Studios untuk menjadikan Disney+ Hotstar sebagai tempat mengumpul filem-filem eksklusif dan program yang dinantikan, serta menjadi tempat arkib kepada pelbagai kandungan,” ujar Ahmad Izham Omar (kiri), selaku Pengarah Eksekutif Kandungan & Kreatif, Disney+ Asia Tenggara.



Menurutnya, ia merupakan satu keistimewaan dapat bekerjasama dengan Primeworks Studios dalam membawa cerita Malaysia ke hadapan dan memberi tumpuan kepada pembuat fiem tempatan serta bakat tempatan.

Disney+ Hotstar juga akan menayangkan filem animasi hebat dengan kutipan tertinggi ‘box office’ di Malaysia, melebihi RM30 juta iaitu Ejen Ali The Movie, Ejen Ali musim pertama, kedua dan Ejen Ali Misi Juang. 

Selain dari itu, siri animasi 3D prasekolah yang merupakan kerjasama produksi antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios, ‘Alif & Sofia’ yang dibintangi dua adik beradik yang selalu bersama mempelajari tentang kehidupan seharian melalui cerita, lagu dan bermain, diinspirasikan oleh nilai-nilai murni Islam bakal ditayangkan tidak lama lagi. 

Dengan pelancaran perkhidmatan strim Disney+ Hotstar yang boleh dilanggan dengan harga RM54.90 selama tiga bulan, pastinya saranan “Duduk Di Rumah’ ketika dalam tempoh PKP kelak akan sekurang-kurangnya meredakan stres anda.

Yang berminat boleh langgan terus di DisneyPlusHotstar.my  atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS sementara pakej khas turut disediakan dengan Astro untuk pelanggan Astro Movies Pack. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested