Seni & Sukan 04 Feb, 2021

Terengganu umum BERKAT PKP 2.0! Tujuh insentif khas ekonomi untuk bantu rakyat terjejas PKP!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


RAKYAT Terengganu meliputi pelbagai golongan yang terjejas dalam mendepani kehidupan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0  akan mendapat manfaat menerusi pelan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) PKP 2.0

Berita gembira itu dimaklumkan o9leh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dua jam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Mohd Yassin membuat perutusan khas menerusi siaran televisyen pada jam 3.30 petang pada Khamis 4 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Dr Ahmad Samsuri:

https://kitareporters.com/search?search=ahmad+samsuri


Pusat Internet PINTAR akan membantu pelajar dalam pembelajaran PdPR


Menerusi satu kenyataan media Menteri Besar mengumumkan tujuh insentif khas bernilai RM19 juta bagi membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Januari 2021 lalu.

Katanya, Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) PKP 2.0 akan menumpukan semua golongan terutamanya asnaf yang dianggarkan sekitar 81,000 orang.

“Bantuan kepada golongan terbabit iaitu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan disalurkan melalui Insentif ‘bakul makanan’.

Selain itu, katanya, insentif tunai berjumlah RM100 kepada golongan terjejas pekerjaan di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0, contohnya tukang gunting, pekerja kedai cucian kereta dan seumpamanya yang dianggarkan melibatkan seramai 48,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Ahmad Samsuri memaklumkan, golongan pelajar juga tidak ditinggalkan selepas kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan bantuan ‘top up’ internet sebanyak RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.

Katanya, jumlah penerima adalah berdasarkan penerima bantuan persekolahan. 

Katanya, selain itu, kerajaan  juga akan membekalkan 1,600 tablet untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC).

Beliau berkata, golongan pendakwah yang turut terjejas dengan PKP juga akan menerima pemberian Insentif Kuliah Online kepada asatizah yang tiada pendapatan tetap.


Pengusaha bot turut menerima manfaat


Sementara itu, insentif khas sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘imbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’. 

Manakala Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Negeri Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020

Mengenai masalah capaian internet yang dihadapi pelajar dalam mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ia akan diselesaikan melalui Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR).

“Kerajaan negeri akan membuka operasi 20 pusat itu dan keutamaan diberikan kepada pelajar miskin dan bermasalah,” katanya. - KitaReporters 


Pusat Internet akan menyediakan kemudahan tempat belajar kepada pelajar.

3
2
2
2
1
You will be interested