EH! Nyanyi teruknya. Tak payahlah masuk pertandingan kalau tak boleh menyanyi. Ngaku cepat, siapa yang ada komen begitu sewaktu menonton persembahan Nur Aufahanie Mochtar, 17, dalam program Vokal Mania, pada 7 November 2020 lalu. Biasalah bila nak mengomen ni tak pandang kiri kanan, lancar saja mulut tu menuturkan kata-kata. : KitaReporters
Aufahanie mohon peluang kedua untuk buktikan bahawa beliau boleh menyanyi. - Kredit foto: IG Aufa
Lagi kisah-kisah berkaitan penyanyi:
https://kitareporters.com/search?search=penyanyi
Namun logiknya, kalau Nur Aufahanie atau mesra dengan panggilan Aufa itu tak boleh menyanyi, kenapa produksi TV3 pilih beliau.
Sah-sahlah video
nyanyiannya yang berdurasi satu minit yang dihantar kepada produksi menjadi
pilihan antara ratusan video yang mereka terima.
Malah nyanyiannya untuk lagu Peluang Kedua yang dimuat naik dalam media sosial juga mendapat tontonan sehingga 300,000 kali. Berdasarkan jumlah tersebut jugalah, anak keenam daripada tujuh beradik itu ditawar untuk menjadi artis naungan syarikat Indigital Music.
Perasaan gemuruh membuatkan Aufa tidak mampu mengawal situasi sewaktu in-ear monitornya tidak berfungsi.
Meskipun beliau mendapat kecaman hebat sewaktu bertarung nyanyian dengan Indah Ruhila menerusi lagu Semua Jadi Satu dalam program Vokal Mania, pada 7 November 2020, Aufa tetap mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni suara.
“Aufa tak
minta perkara itu berlaku kerana sewaktu latihan, semuanya berjalan lancar. Bila
netizen komen, Aufa tak rasa down kerana Aufa jadikan itu sebagai satu pembakar
semangat.
“Bila Aufa baca
komen netizen, Aufa terima dengan hati terbuka kerana memang betul persembahan
Aufa malam itu tak berapa bagus. Aufa terima dan Aufa layak dikecam sebab
persembahan pada malam itu tak bagus.
“Aufa tak menyesal dengan apa yang berlaku kerana Aufa jadikan kejadian itu sebagai pengajaran untuk belajar lagi. Selepas kejadian itu, ramai orang pergi ke Instagram Aufa dan tengok lagu-lagu cover yang Aufa buat, alhamdulillah, mereka DM (direct message) dan cakap mungkin malam tu Aufa gugup dan masih boleh terima, alhamdulillah,” ceritanya tentang dugaan yang berlaku pada perjalanan awal kerjaya seninya itu.
Aufa masih muda, banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai persiapan dalam bidang seni.
Beliau yang ditemui
baru-baru ini menganggap ada hikmah di sebalik kedukaan kerana selepas kejadian
terkucil sewaktu Vokal Mania namanya tiba-tiba menjadi bualan.
Menurut
cerita Aufa, pada malam persembahan telah berlaku masalah teknikal dengan
in-ear monitor yang dipakai hinggakan beliau tidak dapat mendengar suara
sendiri.
“Aufa tak
dengar vokal sendiri, jadi suara Aufa tenggelam dengan susunan muzik yang
sangat kuat. Waktu menyanyi tu, Aufa macam berlawan dengan susunan muzik. Itu
kali pertama, Aufa di pentas yang besar untuk pertandingan, ada juri.
“Jadi Aufa tak pandai nak kawal situasi yang sangat baharu itu dan Aufa jadi panik, ditambah pula dengan stage fright Aufa yang sangat teruk. Sangat gugup dan lepas berlaku masalah teknikal tu, Aufa jadi panik. Aufa tak tahu nak overcome situasi itu.
Biarpun dikecam Aufa tetap tenang menghadapi dugaan dalam bidang seni.
“Masa latihan, alhamdulillah, semua berjalan lancar. Apa yang Aufa praktikkan semasa latihan, masa sound check, sama dengan apa yang Aufa buat kat atas pentas tapi masa live tak berjalan seperti yang dirancang,” katanya yang sebelum ini pernah menjadi peserta untuk program I Can See Your Voice.
Tambahnya
lagi, selepas selesai persembahan malam itu, beliau berjumpa dengan Indah dan
Aina Abdul. Kedua-dua penyanyi itu menasihatkannya supaya belajar mengawal
perasaan gementar.
“Perasaan
pertandingan nyanyian di sekolah atau pentas biasa berbeza dengan di TV. Aufa
tak jangka sampai begitu sekali perbezaannya. Kawan-kawan tahu Aufa selalu
masuk pertandingan tapi kat TV ada juri dan ramai idol di bawah tu. Aufa rasa
diri sangat kecil dan nervous sebab first time.
“Aufa akan belajar lagi dan pergi kelas vokal seperti yang disaran sebab Aufa tahu diri ini masih kurang dan tak cukup pengalaman. Sebelum masuk pertandingan Vokal Mania, Aufa ada masuk kelas vokal dengan Bob Yusof,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam itu.
Pernah menyertai program I Can See Your Voice sebelum Vokal Mania.
Beliau yang
meminati penyanyi Dayang Nurfaizah dan mula menyanyi sejak usia 10 tahun itu,
turut membuat penampilan dalam lagu Mungkir, nyanyian Syahmi Irfan yang
dijadikan runut bunyi untuk drama Perempuan Tanpa Dosa.
Meskipun
telah melalui pengalaman pahit, Aufa tidak serik dan bersedia menyertai
mana-mana program realiti lagi jika ada peluang.
“Kalau dapat
tawaran masuk program realiti seperti Big Stage pada masa akan datang, Aufa akan
terima sebab itu satu proses pembelajaran juga. Sebab Big Stage itu adalah satu
platform yang sangat bagus untuk kerjaya Aufa,” katanya penuh yakin. - KitaReporters