Seni & Sukan 07 Nov, 2020

Nampak remeh! Bangkai nyamuk wajib dibuang di luar masjid!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

ISLAM sangat mementingkan kebersihan apatah lagi di dalam masjid, tempat orang ramai melakukan ibadah. Bagaimana kita mahu menunjuk contoh kepada orang bukan Islam kalau rumah ibadah sendiri pun dalam keadaan kotor? Adakah tanggungjawab membersih atau memastikan masjid sentiasa dalam keadaan bersih terletak pada ahli jawatankuasa (AJK) masjid sahaja? : KitaReporters


UAI menjelaskan nyamuk yang dibunuh di dalam masjid, bangkainya wajib dibuang di luar masjid.


Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Azhar Idrus:

https://kitareporters.com/search?search=ustaz+azhar+idrus


Sudah pastinya tidak! Sebagai orang Islam, tanggungjawab itu akan ada dalam setiap orang yang beriman dan sayangkan agamanya.

Kadang-kadang ada masjid pada zahirnya nampak bersih tetapi apabila dilihat secara dekat, hamparan permaidaninya penuh dengan kotoran seperti najis cicak, semut, malah ada juga bangkai nyamuk.


Nampak remeh tapi sebenarnya membabitkan hukum-hakam dalam Islam.


Nampak remeh, ala setakat bangkai nyamuk apalah sangat! Namun tahukah anda hukum membunuh nyamuk di dalam masjid kemudian bangkainya dibiarkan atau dibuang di dalam masjid?

Persoalan itulah yang ditanya kepada penceramah terkenal Ustaz Azhar Idris dalam segmen Jom Belajar Agama-Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi Instagramnya.

Menurut UIA, antara adab masuk ke dalam masjid ialah wajib memeliharanya daripada segala najis dan kotoran.



Jadi, tidak hairanlah kita dilarang membuang dan membiarkan bangkai serangga di dalam masjid sekalipun serangga itu yang darahnya tidak mengalir seperti nyamuk, kutu, lalat, kumbang dan sebagainya.

Kesimpulannya, kalau anda membunuh seekor nyamuk di dalam masjid, maka hendaklah dibuang bangkainya di luar masjid. Ingat tu! - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested