Seni & Sukan 15 Nov, 2020

Salah Covid-19 ke salah Salah? MKN betul larang JDT ke ACL!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

KHABAR terbaharu Mohamad Salah yang dijangkiti Covid-19, meyakinkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga tidak boleh mengambil risiko jika tetap menyertai semula Liga Juara Asia (ACL) 2020 di Qatar mulai Khamis ini, 19 November 2020. : KitaReporters


AKSI penyerang import JDT, Diogo (kiri) dengan Suwon Samsung Bluewings dalam ACL pada 3 Mac 2020. - Kredit foto FB JDT. 


Lagi kisah-kisah berkaitan Johor Darul Ta'zim:

https://kitareporters.com/search?search=johor+darul+ta'zim 


Walaupun bintang Liverpool dan Mesir itu dilaporkan tidak menunjukkan sebarang gejala, tegas Tunku Ismail, pandemik berkenaan terbukti boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada ancamannya.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas. Sebagai contoh, Salah juga disahkan positif (Covid-19) apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa (Mesir) walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

“Saya yakin kerajaan melakukannya (melarang pasukan JDT keluar negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - PKPB) demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

“(Langkah ini) termasuk keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat yang akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan. 

“Kita tidak boleh mengambil sebarang risiko walaupun membatalkan Piala Malaysia 2020 dan tidak membenarkan JDT bertanding dalam ACL satu keputusan yang berat untuk diterima,” kata Tunku Mahkota Johor ini dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini, Ahad 15 November 2020. 


SEBAGAI seorang yang berkeluarga, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin keputusan kerajaan melarang JDT keluar negara di bawah PKPB diambil demi kepentingan dan kebajikan keluarga pasukannya. - Kredit foto FB JDT.


ACL 2020 juga diubah suai formatnya gara-gara Covid-19 dengan memperkenalkan tuan rumah berpusat di Qatar dan tiada timbal balik bagi pusingan kalah singkir. - Kredit foto AFC.


MOHAMAD Salah, bintang Liverpool dan Mesir. - Kredit foto Twitter MoSalah.


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Jumaat 13 November 2020, membatalkan segala keputusan perlawanan JDT dalam Kumpulan G ACL 2020 setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan kelab itu tidak dapat menyambung semula saingannya kerana PKPB.

Saingan ACL Zon Timur akan disambung semula di Doha, Qatar dengan JDT mulanya dijadualkan masih berbaki empat perlawanan iaitu menentang Guangzhou Evergrande (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan) dan Vissel Kobe (Jepun).

Kesemua perlawanan JDT di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha itu ialah pada 19 November 2020 dan 4 Disember 2020 dengan Guangzhou Evergrande, Suwon Samsung Bluewings (25 November 2020) dan Vissel Kobe (1 Disember 2020).

Liga Bola Sepak Malaysia pula membatalkan Piala Malaysia yang baru hendak memasuki pusingan suku akhir pada Khamis 12 November 2020 dan Jumaat 13 November 2020 selepas rayuan untuk meneruskannya walaupun di negeri-negeri berkecuali PKPB, ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN).


HANYA trofi Liga Super yang dapat dipertahankan JDT pada musim 2020 ini akibat pembatalan Piala Malaysia dan Piala FA. - Kredit foto FB JDT. 


Terdahulu, JDT yang juga juara bertahan Piala Malaysia, menduduki tempat kedua Kumpulan G ACL dengan ditewaskan Vissel Kobe 5-1 di Kobe, Jepun pada 12 Februari 2020 lalu, namun bangkit menewaskan Suwon Samsung Bluewings 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 3 Mac 2020 lalu.

ACL kemudiannya tertangguh selama enam bulan gara-gara penularan Covid-19 di seluruh dunia, namun saingan Zon Baratnya kembali disambung di Qatar mulai September 2020 lalu.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sudah pun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja tetapi kata Tunku Ismail, “kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, penting demi masa depan negara.”

"Walaupun sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan Piala Malaysia, kami menghormati dan memahami keputusan kerajaan Malaysia.

"Keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha merupakan keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021," kata Alistair dalam Facebook JDT, Rabu 11 November 2020 lalu.


ALISTAIR EDWARDS


Menggunakan Perkara 6.1 dan 6.2.1 Peraturan Pertandingan ACL 2020, semua perlawanan JDT dibatalkan dan dianggap kosong dan tidak sah oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC. 

JDT walau bagaimanapun dijangka tidak dikenakan tindakan tatatertib AFC atas penarikan diri 'dalam keadaan terpaksa dan luar dugaan' itu jika merujuk kes hampir sama yang menimpa kelab Amiriah Arab Bersatu (UAE), Al Wahda. 

Al Wahda didapati gagal menghadiri perlawanan Kumpulan A Zon Barat ACL 2020 pada 14 September 2020 lalu dan tidak dihukum AFC kerana dianggap force majuere pada Perkara 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan. 

Hanya semua keputusan terdahulu Al Wahda yang dibatalkan setelah mereka tidak dapat tiba di Qatar seperti yang disyaratkan iaitu empat hari sebelum perlawanan pada 9 September 2020 lalu. 

Kelab UAE ini memaklumkan mereka didapati positif dalam ujian saringan Covid-19 lantas diletakkan dalam kuarantin pihak berkuasa negara itu. 


KESEBELASAN utama JDT menentang Vissel Kobe dalam ACL, 12 Februari 2020. - Kredit foto AFC

0
0
0
0
0
You will be interested